CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 1

Kenapa Kami Tolak Amalan Kenduri Arwah?

[Copy link]
Post time 20-2-2015 11:17 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Hairi Nonchi





Kenapa Kami Tolak Amalan Kenduri Arwah?
Dalam sebuah hadis disebutkan:
إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَةُ.
"Sesungguhnya agama ini mudah. Tidak seorang jua yang memaksakan diri dalam agama melainkan akan menemui kesulitan." [Shahih al-Bukhari 1/23]
Ternyata kenduri atau tahlil arwah mengandungi banyak unsur-unsur yang ‘membebankan’ umat Islam. Antaranya:
1. Memaksa umat Islam untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi membiayai kos jamuan, upah para imam serta hadirin yang melaksanakan acara acara tahlilan.
2. Terdapat kes di mana ahli keluarga si mati terpaksa meminjam wang daripada pelbagai pihak demi mendapatkan dana bagi menampung pelbagai kos majlis tahlil arwah. Malah ada di antara mereka yang terpaksa bergadai harta semata-mata untuk mendapatkan wang.
3. Selain terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk menampung perbelanjaan majlis tahlil arwah, ahli keluarga si mati juga terpaksa berusah payah menyediakan pelbagai juadah kepada para hadirin. Belum selesai menanggung bebanan perasaan akibat kehilangan insan tersayang, bebanan mereka ditambah pula dengan melakukan kerja-kerja penyediaan juadah para hadirin.
4. Selain membebankan ahli keluarga si mati dari sudut wang dan tenaga, tradisi ini juga telah membuka ruang kepada orang ramai untuk menaruh sangka buruk kepada mana-mana ahli keluarga yang tidak melaksanakan kenduri arwah. Seringkali terjadi apabila terdapat ahli keluarga si mati yang tidak melaksanakan kenduri arwah, mereka diibaratkan seperti “orang yang menanam bangkai haiwan.”




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 02:26 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Kedekotnya...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.267746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list