View: 2341|Reply: 12
|
[Dunia]
Bapa, anak kendali pesawat komersial bersama
[Copy link]
|
|
GAMBAR lama yang menunjukkan Kapten Peter bersama anaknya, Laura yang masih kecil.
BIRMINGHAM – Selepas 30 tahun bertugas sebagai seorang juruterbang, seorang bapa di Britain merakam detik paling manis dalam hidupnya apabila anak perempuannya menjadi pembantu juruterbang dalam satu penerbangan baru-baru ini.
Juruterbang tersebut, Kapten Peter Elliott yang memiliki pengalaman penerbangan lebih 15,500 jam membuat satu pengumuman khas semasa penerbangan dari bandar ini menuju ke Tenerife untuk memberitahu bahawa dia dibantu oleh anak perempuannya, Laura Elliott, 30.
Walaupun perkara itu satu kebetulan, Laura berharap dia akan mendapat peluang untuk terbang bersama bapanya sebelum lelaki tersebut bersara.
KAPTEN Elliott dan Laura semasa mengendalikan penerbangan pertama mereka secara bersama.
“Ia merupakan sebuah mimpi yang menjadi kenyataan apabila saya berpeluang mengendalikan penerbangan bersama bapa saya,” kata Laura yang pada mulanya bukan bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.
Ujarnya lagi, dia mengambil keputusan untuk mengikut jejak bapanya empat tahun selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang sains sukan. Laura kemudian mengikuti kursus penerbangan selama 14 bulan di Sepanyol sebelum memulakan kerjaya bersama syarikat penerbangan Thomas Cook pada 2009.
“Saya terkejut selepas mendapati kami dijadualkan untuk mengendalikan penerbangan bersama kerana kami berada di pangkalan yang berbeza, namun saya sangat gembira,” kata Laura. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
sweet nya anak beranak handle flight sama2....huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sweet klu ada mak skali... |
|
|
|
|
|
|
|
Sweetnya...
btw, teringat pulak pasal tragedi Tanerife. Antara KLM & Pan Am Air. Crash of the century. |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaa,sangat2 sweet...
kalau la mak nye pramugari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet nyaaaaaaaa......
Cute pic masa anak baby lagik...... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia 10 tahun lepas lagi bapak capt anak copilot terbang sama sama dah ada dah..
Kat AA sekarang ni pun ramai anak dgn bapak macam ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet memories, pix ni harus letak dalam wedding montage anaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Owhhh...so poignantly sweet |
|
|
|
|
|
|
| |
|