CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1829|Reply: 0

[Tempatan] Kenderaan Percuma OKU Untuk Ke Pusat Rawatan & Hospital

[Copy link]
Post time 18-2-2015 07:04 AM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Nasib golongan orang kurang upaya (OKU) di daerah ini terus dibela bagi memastikan mereka mendapat hak sama rata seperti insan normal lain.
Terbaru, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pengangkutan secara percuma kepada golongan OKU untuk mendapatkan rawatan di hospital dan pusat rawatan di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA Shahrin Ahmad berkata, penyediaan perkhidmatan pengangkutan itu sebahagian aktiviti tanggungjawab sosial dan tanda keprihatinan MBSA.


“Kenderaan ini digunakan sebagai pengangkutan golongan OKU ke pusat rawatan dan hospital yang ditetapkan berikutan pengangkutan kepada OKU terhad serta sukar diperoleh.

“Kenderaan ini disesuaikan untuk kegunaan golongan OKU dengan kemudahan ‘tail lift’ yang boleh menampung mereka yang berkerusi roda,” katanya.
Menurutnya, MBSA menggunakan sebuah van berjenama Toyota Hiace yang diubahsuai dan ia  boleh memuatkan dua penumpang dan seorang pemandu dalam satu masa.

“Ruang bahagian kenderaan ini dikosongkan dan dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti tali pinggang bertujuan untuk memastikan kerusi roda tidak bergerak ketika perjalanan,” katanya.

Beliau berkata, van berkenaan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Tempahan boleh dibuat seminggu sebelum penggunaan perkhidmatan ini dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti, MBSA di talian 03-5522 2735.

“Penggunaan kenderaan ini khusus untuk warga Shah Alam saja yang ingin mendapatkan rawatan di hospital atau klinik di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang,” katanya.



RUANG dalam van yang diubah suai untuk kegunaan golongan OKU.  




RUANG dalam van yang diubah suai untuk kegunaan golongan OKU.  



Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/31341






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082161 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list