CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3481|Reply: 10

[Tempatan] Pusara Nik Aziz terus jadi tumpuan ramai

[Copy link]
Post time 16-2-2015 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Pusara Nik Aziz terus jadi tumpuan ramai
16 Februari 2015 1:58 AM


5 1 Google +1

ORANG ramai yang menziarahi pusara Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 15 Feb. – Jasad Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah selamat dikebumikan Jumaat lalu, namun pusara Mursyidul Am Pas itu masih tidak putus-putus diziarahi orang ramai dari segenap pelosok negara sepanjang masa.

Tinjauan Utusan Malaysia di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini hari ini mendapati pusara tersebut masih dikawal rapi petugas Unit Amal Pas, manakala papan tanda dipasang supaya golongan wanita tidak masuk terlalu dekat dengan pusara bagi menjaga adab.
Salah seorang daripada petugas yang enggan dikenali berkata, mereka berkawal secara bergilir-gilir di sekitar pusara itu selama 24 jam sehari sejak semalam bagi mengelak perkara tidak diingini termasuk cubaan untuk membawa pulang tanah kubur.
“Kami tidak menghalang orang ramai yang ingin menziarahi kubur Tok Guru. Anda semua dialu-alukan datang.
“Kami cuma mahu memastikan kubur beliau tidak diganggu, selain menjaga kelancaran aliran trafik memandangkan ramai pengunjung hadir menaiki kereta. Malah, ada yang datang bersama-sama rombo-ngan dengan menaiki bas,” katanya.
Hari ini, akhbar melaporkan ada di antara individu cuba membawa pulang tanah kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz ko-nonnya untuk mendapat berkat menyebabkan pusara berkenaan dikawal rapi oleh Unit Amal Pas.
Perkara itu turut ditegur anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh yang meminta umat Islam terutama penyokong parti tidak terlalu taksub dan menghentikan sebarang kerja khurafat.
Sementara itu, seorang suri rumah, Fatimah Yusuf, 74, berkata, dia yang ditemani keluarga datang dari Kuala Lipis, Pahang semata-mata mahu menziarahi kubur Allahyarham.
“Di samping sedekahkan al-Fatihah, saya juga membaca surah Yasin dan mendoakan kesejahteraan Tok Guru. Walaupun kita semua mengasihi Tok Guru, saya harap janganlah ada yang terlalu taksub sehingga menjejaskan akidah,” katanya.
Seorang lagi pengunjung, Jaffidah Jaafar, 42, dari Jasin, Melaka berkata, sebagai orang Islam, dia menasihatkan para pengunjung menjaga adab apabila menziarahi mana-mana kubur.
“Saya sedih jika ada orang Islam percaya amalan khurafat sedangkan Allahyarham tidak pernah mengajar perkara-perkara seperti itu.
“Sebenarnya sukar untuk kita jaga kubur beliau sepanjang masa semata-mata mahu menghalang orang buat perkara tidak elok. Kita sebagai umat Islam sendiri yang perlu insaf dan ada kesedaran dalam diri masing-masing,” katanya.




CUMA NAK PESAN WAN AZIZAH...JANGAN DATANG BAKAR LILIN PULAK..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 05:52 PM | Show all posts
ada jugak yg nak amik tanah kubo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa kaum wanita dilarang terlalu dekat?...

takut terlalu emosional & nangis guling-guling ke???....


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tau bila dtg dekat tetiba emosi x terkawal.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 07:57 PM | Show all posts
masa TGNS hidup, tak nak pulak dtg ziarah..haiyoo
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la melawat kubur dan dibaca kan doa.....kubur kita nanti entah2 sepi ditumbuh lalang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2015 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersemadilah dengan aman duhai ayahandaku Almarhum TGNA
Bagaimana redha nya pengikut2 mu menerima berita kepergianmu...
Begitulah redha Penciptamu dalam mnenyambut kembali kepulanganmu kepangkuanNya..Al Fatihah ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa replied at 16-2-2015 07:23 PM
kenapa kaum wanita dilarang terlalu dekat?...

takut terlalu emosional & nangis guling-guling ke?? ...

Kaum wanita 2nd class citizen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2015 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpi ada yg nak tanah kubur? Utk pe iye...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
nist02 replied at 17-2-2015 10:16 PM
Smpi ada yg nak tanah kubur? Utk pe iye...

Untuk buat umah kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 10:16 AM | Show all posts
tetibe pefeeling makam nabi ke nak halang2 wanita pelbagai?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.060569 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list