BILA pergi ke restoran, perkara pertama yang dilakukan mestilah memesan makanan bukan?
Setelah buku menu sampai ke tangan, maka anda pun memilih makanan yang diingini.
Menu dibuat dengan tujuan membantu anda memilih makanan yang disediakan di restoran tersebut.
Melalui menu juga, sesebuah restoran dapat memperkenalkan makanan yang menjadi hidangan istimewa yang ditawarkan di situ.
Sebut pasal hidangan istimewa, jika anda mengunjungi sebuah restoran yang terletak di Ipoh, Perak melihat menu yang ditawarkn di situ pastu buat anda terhibur.
Jom kita tengok apa yang ada…
Orang Perak ni sememangnya kreatif…walau menu yang ditawarkan mungkin ada di restoran lain tapi ia menarik perhatian apabila diberikan nama seperti Wafer Zam-Zam Ala Kazam, Roti Penjis-Renjis Atas Pelamin (special), Badak Berendam Tersilap Kolam dan banyak lagi!
p/s: Sape orang Ipoh? Ate sedap ke yob?
|