CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19835|Reply: 284

[Tempatan] Shafiee Abdullah : "Karpal Yang Memulakannya".

[Copy link]
Post time 11-2-2015 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Shafiee Abdullah : "Karpal Yang Memulakannya".

KUALA LUMPUR: Kenyataan Pendakwa Raya berhubung keputusan kes liwat  Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. Penghakiman ini membawa kepada suatu pengakhiran bagi tujuh tahun masa mahkamah di mana sembilan Hakim, dan pasukan Pembelaan (Anwar sendiri telah melantik 14 orang peguambela di Mahkamah Persekutuan, namun secara keseluruhannya seramai lebih kurang 20 orang peguambela telah dilantik pada kesemua peringkat kes) mengambil masa beribu-ribu jam, telah mempertimbangkan setiap keterangan didalam kes ini dengan terperinci dari awal sehingga akhir. Kesemua sembilan Hakim tersebut adalah tidak termasuk Hakim-Hakim yang mendengar rayuan interlokutori.

2. Saya tahu bahawa keadilan akhirnya ditegakkan, jadi saya secara profesional berpuas hati dengan keputusan pada hari ini. Tetapi ianya tidak memberikan saya kegembiraan - kehidupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya. Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa telah berhadapan dengan sesi Pemeriksaan Balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau. Jadi, proses keadilan juga telah memburukkan lagi penderitaan beliau.

3. Namun Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah memilih untuk tidak memberikan lebih daripada secebis kenyataan dari kandang tertuduh. Tidak seperti mangsa, beliau enggan berhadapan dengan pemeriksaan balas. Ianya adalah hak beliau dibawah undang-undang, namun hak yang beliau telah gunakan untuk menyerang pihak Pendakwaan, Yang Arif-Yang Arif Hakim, serta bekas rakan-rakannya dalam kerajaan. Beliau telah menjejaskan reputasi negara beliau sendiri.

4. Saya telah dilantik pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga peringkat akhir bagi rayuan kes ini di Mahkamah Persekutuan, bagi mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Ianya merupakan suatu tugas yang sangat sukar, kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman. Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar didalam kes ini.

5. Yang paling penting, sila baca penghakiman pada hari ini dan yang sebelumnya pada setiap patah perkataan. Ianya memberikan fakta-fakta - sebagaimana buruk pun – bagi kes ini.

6. Sebagai contoh, bagi keterangan DNA, Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA. Pertama, kita memerlukan 16 bacaan daripada 16 bacaan yang sepadan. Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi – yang tertinggi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 - dalam erti kata lain, padanan sempurna ('full flush'). Dan kesemua DNA adalah didapati daripada semen, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh sesekali mencuri, memalsukan atau mencemarinya.

7. Kedua, di Malaysia tidak ada undang-undang yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA. Apabila Anwar Ibrahim mencabar sampel pihak Pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri, sebagai suatu keterangan baru. Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau telah memilih untuk tidak berbuat demikian.

8. Berkenaan dengan Notis Alibi Anwar Ibrahim, beliau pada mulanya telah mengemukakan suatu Notis Alibi yang menyeluruh. Namun beliau telah mengabaikan sepenuhnya apabila ianya telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang ditayangkan kepada mahkamah. Kesemua ini telah dibuktikan lama dahulu.

9. Anwar Ibrahim juga enggan bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai kejadian tersebut. Sebaliknya mangsa telah bersumpah dengan nama Al-Quran mengenai butir-butir kejadian tersebut, di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.

10. Kes seperti ini, di mahkamah tertinggi di Malaysia, adalah terlalu teknikal: dalam semua proses undang-undang yang sedia ada, dan dalam semua aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti? Pada hari ini, jawapan daripada Hakim- hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat, serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan.

11. Tuduhan besar yang sering diulangi oleh Anwar Ibrahim bahawa kes ini mempunyai motif politik. Berdasarkan keputusan hari ini, tuduhan tersebut adalah palsu.

12. Kebebasan badan kehakiman Malaysia termaktub di dalam perlembagaan. Kes ini telah di bawa oleh seorang individu, iaitu pekerja Anwar Ibrahim, yang telah membuat satu aduan polis yang mana beliau telah menuduh Anwar Ibrahim memberi tekanan yang tidak wajar sebagai majikannya untuk memaksa beliau melakukan hubungan seks dengannya.

13. Tiada sesiapapun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuklah keputusan-keputusan yang memihak kepada Anwar Ibrahim. Untuk mendakwa sedemikian, adalah keterlaluan terhadap Yang Arif-Yang Arif Hakim, dan ianya adalah tidak mapan kepada mereka yang membaca apa yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim pada hari ini dan mengapa.

14. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah melihat kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan.

15. Harus dipertimbangkan bagaimana perkara ini mulanya berbangkit. Sebagaimana kita imbas kembali Hansard (tarikh 22 Oktober dan 18 Disember 1997) , buat pertama kali seorang MP berdiri memegang akuan bersumpah yang menuduh Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan seksual – homoseksual – assault, Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan pihak yang menuduh beliau bukanlah daripada kalangan ahli kerajaan tetapi sebaliknya MP pembangkang daripada parti DAP. Dan siapa pula penuduh beliau yang sebenarnya? Arwah Karpal Singh, peguam yang hebat. Mana-mana pengakuan penglibatan jenayah Anwar Ibrahim dan kejatuhan politik beliau perlu dilihat kepada siapa yang memulakannya.

16. Tetapi bagi mangsa dan juga Malaysia, perkara ini telah menjadi sesuatu yang mengerikan dan berpanjangan. Di pengakhiran kes ini, saya minta pihak media yang ada untuk melihat kepada fakta kes ini dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara-perkara ini dengan sebaik yang mungkin demi masyarakat.

17. Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.

18. Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar Ibrahim, yang mendapat perhatian negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukannya olehnya. Sepertimana kesemua mangsa-mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah.

19. Jadi, ini bukannya cerita tentang politik, ini sebenarnya adalah cerita tentang manusia - dan dari perspektif badan kehakiman, ia adalah peranan sistem keadilan negara kita bagi membolehkan kedua-dua belah cerita untuk didengar di mahkamah.

20. Yang paling penting sekali, semua ini adalah cerita tentang semua manusia, tanpa mengira kuasa, mereka adalah  sama rata di sisi undang-undang. - 10 Februari 2015.



http://www.malaysiandigest.com/b ... utm_medium=facebook
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2015 09:02 AM | Show all posts
firaun melayu mesia
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:17 AM | Show all posts
kalau ikut logic akal la..

kalau benar pun liwat tu berlaku, kalau saiful kena rogol liwat paksa memang tak masuk akal la.
Anwar tu cuma ketua pembangkang, dah tua pulak tu tambah pulak ada masalah sakit, x ada kuasa pun ke atas jentera2 kerajaan spt polis, tentera, mahkamah, etc sebagai org yg ber authority utk menyalahgunakan kuasa atau pengaruh atas jentera2 kerajaan..

Lain lah kalau Anwar status menteri or perdana menteri...
so apa yg dia nak takutkan hingga tiada daya nak lawan "rogol liwat" anwar??

dan kalau rela pulak, sepatutnya dia pun kena hokum jugak

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Celaka shafee:
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemuda lemah yang teraniaya... Geng pondan kl pun lagi kuat klu kna rogol pun reti lawan
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish ish ish....duk tanya soklan sama awat sepol tak kena hukum..suruh nuart buat report bersenggama sukarela bersama sepol gitu...kot ya pun dlm perbicaraan yg pjg lebar tu knp tak buat je penafian tak liwat meliwati sebegitu..tp suka sama suka..susah kalau dlm otak dah setkan ckp nuart sorang je boleh percaya...mmg aptb la uols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2015 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
lobai2 cuba beri alasan kenapa sepol x melawan. jawap soalan aku dlu bnyk kes liwat yg lain,knp mangsa liwat x melawan? ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:32 AM | Show all posts
susah nk fhm fikiran manusia nie...bila isu mcm nie terbongkar dpt liputan meluas sampai luar negara...masing2 keluarkan idea & komen yg bila dibaca n fikirkan lebih kpd emosi..
xperlulah pertikaikan ape yg dh berlaku...skrg nie kita perlu fikirkn apa yg perlu dilakukan masa depan tu aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2015 09:37 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 11-2-2015 09:31 AM
lobai2 cuba beri alasan kenapa sepol x melawan. jawap soalan aku dlu bnyk kes liwat yg lain,knp mang ...

kalau si saiful ni kanak2 bawah umur, jenis lembam, lemah akal mungkin la kot...

mungkin la kot sampai kantoi pengajian di U...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 11-2-2015 09:31 AM
lobai2 cuba beri alasan kenapa sepol x melawan. jawap soalan aku dlu bnyk kes liwat yg lain,knp mang ...

Betul beb...dlm diam lobai seperti mengaku ada aktiviti lgbt berlaku tp in denial sebegitu.'.nuart suci murni...no tak mungkin..' begitula agaknya kata hati dorang....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:49 AM | Show all posts
Aku rakyat biasa yang melihat segala circus ini sebagai :

Nasib seseorang untuk kekal berkuasa dengan mengguna kan bontot seorang lelaki.

Well done!

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:53 AM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 11-2-2015 09:18 AM
Pemuda lemah yang teraniaya... Geng pondan kl pun lagi kuat klu kna rogol pun reti lawan

bukan gang pondan je, budak usia 13 tahun pun lebih gagah dari sifool ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:54 AM | Show all posts
Equalizer replied at 11-2-2015 09:17 AM
kalau ikut logic akal la..

kalau benar pun liwat tu berlaku, kalau saiful kena rogol liwat paksa  ...

boleh je dia ugut, kau tak bagi bontot, kene pecat
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
nour2001 replied at 11-2-2015 09:53 AM
bukan gang pondan je, budak usia 13 tahun pun lebih gagah dari sifool ni...

Sepul lobai fefeeling anak dara sunti kampung uang diragut daranya... Kasihanilah beliau
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 10:05 AM | Show all posts
17. Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah-mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya.


yg ni memang well said........
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 10:07 AM | Show all posts
magnus replied at 11-2-2015 09:38 AM
Betul beb...dlm diam lobai seperti mengaku ada aktiviti lgbt berlaku tp in denial sebegitu.'.nuart ...

Ha! Ha!

aku x pernah la anggap Anwar tu suci murni...

please la! wise up!

kalau buat filem tu biarlah skripnya masuk akal.
ni macam tonton filem hindustan yg jalan cerita nya tak masuk akal.

tapi kan, nak buat camno, masa kes Azizan Abu Bakar yg sangat2 tak masuk akal tu pun ramai macai2 dan spesis haprak gigih yakin percaya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2015 10:10 AM | Show all posts
dia kata amik spesimen peluh dpt dna..spesimen peluh tu melekat kat badan sepol ke cane?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik la dgn sesetgh manusi ni.....knape anwar ibrahim tak boleh didapati bersalah...tak boleh di penjarakan...dia hanya manusia biasa, bukan malaikat,..bukan maksum...sekarang allah dah tunjukkn bahawa anwar mmg bersalah...so kepada yg fanatik sgt kat anwar ni terima je la keputusan mahkamah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal peguam negara malaysia

shafiee abdullah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Equalizer replied at 11-2-2015 10:07 AM
Ha! Ha!

aku x pernah la anggap Anwar tu suci murni...

Baguslah beb....nuart tu mmg tak suci murni pun...ai bkn berckp pasal kes ni je..tp dia as a human pun..dia as a pemimpin pun...langkah kajang contoh paling dekat..kuikuikui..tp kalau bg yu nuart tu bagus pun idakla bermasalah kpd ai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.080005 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list