CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10223|Reply: 73

[Tempatan] 7 Penumpang Tinggalkan Pesawat malindo Selepas Terdengar Pergaduhan Dalam K...

[Copy link]
Post time 7-2-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-2-2015 11:03 AM



GEORGE TOWN: Tujuh penumpang pesawat Malindo Air enggan menaiki pesawat berkenaan selepas mereka terdengar pertengkaran yang serius daripada kokpit beberapa minit sebelum pesawat itu berlepas.

Bagaimanapun, pesawat tersebut selamat mendarat selepas mengalami kelewatan selama 50 minit, apabila tujuh penumpang mengambil keputusan enggan meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut.

Pesawat tersebut dijadual berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 9.40 malam dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) pada pukul 10.40 malam Khamis dengan hanya membawa 59 orang penumpang.

Posting Facebook mengenai insiden itu dimuat naik oleh rakan salah seorang penumpang dan ia menjadi viral di Internet.

Seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun, yang mahu dikenali sebagai Kee, turut memuat naik gambar pesawat ketika kejadian.

Ketika dihubungi, Kee berkata dia sering menaiki pesawat syarikat berkenaan pada setiap minggu untuk ke Pulau Pinang atas urusan kerja.

"Semua penumpang dalam pesawat, dapat mendengar suara orang menjerit daripada kokpit.

"Terang-terangan kapten dan pembantu juruterbang sedang bergaduh besar. Jeritan mereka sangat kuat hingga menyebabkan semua penumpang terkejut. Kemudiannya pramugari dilihat keluar daripada kokpit dengan linangan air mata," katanya.

Dia berkata seorang penumpang warga asing merupakan individu pertama yang berdiri dan meminta kebenaran untuk turun daripada pesawat.

"Beberapa minit selepas itu, saya bertanya kepada pramugari apa sebenarnya yang berlaku. Atas faktor keselamatan, saya bersama-sama dengan 20 penumpang lain turut membuat keputusan untuk meninggalkan pesawat.

"Kami kemudiannya pergi ke bangunan utama dan beberapa ketika selepas itu juruterbang datang dan memohon maaf daripada kami. Dia turut memujuk kami agar kembali menaiki pesawat," katanya.

Walaupun ramai yang membuat keputusan untuk menaiki pesawat tersebut, Kee berkata dia bersama dengan enam penumpang lain tetap enggan menaiki pesawat kerana bimbang masalah emosi yang dihadapi oleh kapten dan pembantu juruterbang tersebut.

"Saya sangat takut selepas menyaksikan situasi tersebut, saya merasakan mereka tidak layak untuk menerbangkan pesawat dalam keadaan tertekan, dan anak kapal juga tidak dapat memastikan keselamatan penumpang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Malindo Air, Raja Sa'adi Raja Amrin berkata syarikat penerbangan itu mengambil tanggungjawab penuh terhadap tindakan pekerjanya termasuk anak kapal pesawat berkenaan.  

Beliau turut memohon maaf kepada penumpang atas salah faham dan kelewatan yang berlaku.

"Kami merasakan satu penjelasan perlu dibuat terlebih dahulu. Syarikat penerbangan kami mengambil tanggungjawab penuh ke atas semua pekerja termasuk anak kapal. Malangnya, rakan penumpang yang berkongsi cerita mengenai insiden yang berlaku mungkin telah salah tafsir situasi yang berlaku.

"Daripada rakaman suara kokpit dan pemahaman kami, kapten sedang mengarahkan juruterbang pelatih dengan satu arahan yang tegas kerana juruterbang dan pembantu juruterbang sedang bersiap sedia untuk berlepas.

"Bagaimanapun, selepas mendengar arahan yang kuat daripada kokpit, salah seorang penumpang membuat keputusan untuk turun daripada pesawat atas sebab-sebab yang tidak diketahui," katanya.

"Seramai 18 penumpang lain turut mengambil keputusan yang serupa sementara penumpang lain membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka dengan pesawat tersebut.

"Kedua-dua kapten dan pembantu juruterbang mengikut prosedur standard dengan memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada penumpang. Juruterbang turut memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan yang berlaku dan salah faham yang timbul.

"Insiden tersebut menyebabkan pesawat berkenaan mengalami kelewatan selama 50 minit, dan pesawat hanya berlepas pada pukul 10.30 malam dengan hanya beberapa orang penumpang yang mengambil keputusan untuk mengambil alternatif lain.

Beliau menambah, keselamatan dan keselesaan penumpang merupakan keutamaan utama syarikat penerbangan tersebut dan mereka juga mengekalkan operasi perkhidmatan di peringkat tertinggi.


http://www.mstar.com.my/berita/berit...g-malindo-air/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 10:42 AM | Show all posts
Miscommunication la ni. Ke sekadar nak tutup cerita sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:44 AM | Show all posts
Baguslah pengguna ada kuasa mahhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis yg FA kuar dar kokpit dgn linangan air mata tu Raja ne tak mau komen lak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:51 AM | Show all posts
revolusi_30 replied at 7-2-2015 10:47 AM
Habis yg FA kuar dar kokpit dgn linangan air mata tu Raja ne tak mau komen lak.

dia nangis sbb kena marah kut.. cian dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Xsuka deal dgn org malindo air.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2015 10:56 AM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 7-2-2015 10:44 AM
Baguslah pengguna ada kuasa mahhh

kalau setakat ada kuasa turun dan ditinggalkan di airport macam tak berbaloi pun ya...



Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa nak naik dah juruterbang dalam keadaan stress
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 11:00 AM | Show all posts
good move ...
kalo pilot dan co pilot emotionally unstable ... any thing can happen
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:00 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-2-2015 10:56 AM
kalau setakat ada kuasa turun dan ditinggalkan di airport macam tak berbaloi pun ya...

semuanya harus bermula dengan satu langkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 7-2-2015 11:00 AM
good move ...
kalo pilot dan co pilot emotionally unstable ... any thing can happen

Rugi duit kan....tp untuk keselamatan. ..tu lagi penting
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:08 AM | Show all posts
dah la macam2 kes skrang ni... ditambah pulak ade pergaduhan antara pilot ngan co-pilot maunye tak risau... ye tak ye je arahan tegas katenye...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah sekali je naik malindo. Nasib baik tak delayed. Sbb pernah baca ramai yg complaint malindo selalu delayed.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
aku slalu tengok pilot2 malindo.mostl adelah budak2 muda bru nak naik mcm kalo tengok kalo luar cam mat rempit pon ade..lol. so aku x surprise bile dgr berita camni
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:23 AM | Show all posts
noor2 replied at 7-2-2015 11:07 AM
Rugi duit kan....tp untuk keselamatan. ..tu lagi penting

duit leh cari kak noor.. tapi nyawa ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:26 AM | Show all posts
baik punya cover, xkan tak leh beza gaduh n bg arahan, siap aa crew nangis lg, nmpak sgt cover
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2015 11:29 AM | Show all posts
ni mesti gaduh serupa itu sutun pink dgn dgn sutun hitam bila gaduh terjerit2 serupa orang tarak akal ni..



Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboii.. xkn la bg arahan smpai penumpang pn blh dgr?? slame nie dok naik xpenah pn aku dgr.. kokpit luas mcm pdg bola kot smpai kena jerit kuat2..:zz
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka malindo...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2015 01:26 PM | Show all posts

Untuk domestic, Malindo better than AA rasanya.

Acik bayangkan laa... aritu naik Malindo domestic flight, sekonyong-konyong berada di ketinggian cruise speed tetiba ada bau nasik minyak atau beriyani lebih kurang laa macam tu baunya kat area penumpang belakang.

Aku cakap sejak bila pulak Malindo ni serve nasik sedap-sedap dalam flight... biasanya beskut murah dengan air mineral jer aku rasa.
Penumpang yg lain pun buat muka normal jer macam takde pepe berlaku.

Ada satu acik duk belakang tu bersungguh2 pung pang pung pang dengan kawan dia.... makin lama bau nasik tu makin kuat sampai tengah kabin.

Rupanya dia tapau luar, makan dalam flight. Kuaajaqqqqqq punya acik.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.188354 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list