Apa peranan kita selepas kemenangan Mak Nyah boleh berpakaian seperti perempuan di khalayak ramai?
Adakah cukup jolokan negara Islam untuk Malaysia? Tanpa perlu mengamalkan qanun syariah. Di mana Islam nya kita, jika kita masih meletakkan Mahkamah Syariah sebagai satu bidang kuasa khusus hanya untuk perkahwinan saja? Liwat, Isu Maknyah dan sebagainya, jika kalah di sana, masih lagi mampu di bawa ke Rayuan dan lebih teruk mereka mampu menang di Mahkamah Rayuan.
Adakah perundangan atau perlembagaan Malaysia yang dibuat oleh manusia lebih besar bidang kuasanya dari perundangan yang Allah maktubkan dalam Al-Quran? Jom kita fikir, saban tahun kita sambut Maulidur Rasul, Awal Muharam dan bermacam perayaan Islam, tapi dari pihak kita, adakah kita mengamalkan segala tuntutan yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W? Islamkah negara Malaysia ini jika Mahkamah Syariah merupakan bidang kuasa terendah dalam sistem kehakiman Malaysia? Islamkah Malaysia jika ada rakyatnya yang beragama Islam menolak hukum Allah?
Jika isu ekonomi kita bisingkan tiap hari, isu pembangunan kita lantangkan setiap hari, isu Kalimah Allah kita tentang habis habis penggunaannya dalam Bible setiap hari satu ketika dulu, tetapi isu Mak Nyah semua pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulut? Thread saya memang agak kasar, tapi ingat azab Allah lebih kasar daripada apa yang saya sampaikan. Tiada termaktub tentang hak kesamarataan untuk MakNyah dalam masyarakat, tiada isu kekeliruan jantina jika terang terang apa yang diberikan sama ada zakar atau faraj.
Persoalannya, salah siapa? Jika sebuah keluarga, penilaian orang luar ke atas keluarga tersebut berdasarkan pimpinan suami, dan jika sebuah negara, penilaian orang juga ke atas pimpinan negara tersebut. Jadi peranan kita sebagai rakyat muslim, adakah sudah tertunai ataupun masih tiada apa apa tindakan? Tulisan saya mungkin kecil nilainya, tetapi jika ditatap sedalam dalamnya, kalian akan faham fungsi Islam itu mengamalkan konsep sejagat. Cukup dengan kita melihat orang buat maksiat tanpa menegurnya akan memberikan impak besar kerana kelak dengan penyaksian pada hari maksiat itu dilakukan, kita tiada tindakan untuk menegah, akan disoal Allah kepada kita dan APA JAWAPAN KITA KEPADA PEMERINTAH SELURUH ALAM?
Saya sudah jalankan sebahagian kecil peranan saya, mohon kalian pun sama. Jangan pandang sebelah mata. Baca, hadam, bertindak.
Isu ini sebenarnya membuka mata kita sebagai umat Islam untuk lebih bermaklumat dan bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan - how much do we know to tackle this problem at the root level?
sebab soalan berkenaan gender jantina ni nampak macam senang dan simple
sebab yg menentukan jantina secara fizikal ialah - genetik - dan daripada ini maka manifestasi fizikal atau anatomi ialah struktur biologi jantina itu.
itu je tapi konsep mengenai jantina , gender dan etc etc dikomplekskan apabila unsur unsur psikologi yg berkembang tanpa sokongan sistem nilai dan aliran pemikiran yg bebas nilai mula muncul - so mula muncul
keperluan untuk mentakrifan semua jantina - apa sebenarnya yg menentukan jantina - adakah sevara genetik atau termasuk jugak kehendak psikologi???
so - dalam psychiatry ada sahaja istolah gender dysphoria untuk kalangan manusia yg tak ' happy' dengan jantina depa - dengan bahasa mudah - jenih manusia yg ' i terperangkap in badan lelaki / wanita ni ' jenis laa
maka ada juga istilah cross dressers- ni kena faham juga
transvestiate - 'nyah' atau ' mak nyah'
you know
kat negara di mana manusia ta ada agama, menafikan agama, atau bebas nilai dan perasan depa tu bukan hamba ALLAH - maka bebenda ni suatu fenomena biasa .
so u know, maka adalah diiktiraf hak hak depa etc ...
jgn terkejut jika nak masuk universiti top notch di tanya soalan
berupa options
sex : male ? female ( confidential ) prefer not telling
then adae jugak yg tanya
do u agree to be referred as the gender you have chosen above - yes ? no ? prefer not to tell...
semua benda
so u know....kelihatan emphasis yg membezakan sesuatu manusia leleki atau wanita dikaburkan...atau macam tak bagi apa apa makna lagi
pada saya ini - ada pros and cons -
ia bagus untuk equal opportunity untuk job interveiws , meri based assessment - ini tak palaa
tapi ... hal hal lain yg bersifat 'masyarakat' etc sistem nilai
maka hancur society.
so pada saya isu ini telah membuka mata kita sebagai orang islam , TERUTAMA agensi ISLAM seperti JAKIM , IKIM even ISTAC - untuk mendalami isu ini dan bertindak dalam menyediakan SOP, ke garis panduan yg meliputi medico legal
supaya - kes kes yg terjadi di mana diseret kes ini ke mahkamah sivil tak akan berlaku lagi , ada beberapa aspek dalam pendakwaan kena mantap - so peguam syarie, juga kena atau penganalisis undang syariah - FELLOWS kat JAKIM ke IKIM ke ( JAGN TIDOQ LAAAAAAAAA.....)
kaji benda ni
jangan tidoq...
sebab semua pihak boleh atas dasar 'medical ' kata depa gender dysphoria tapi kalau kita fahamai teliti mungkin kita boleh come out satu bentuk pendekatan untuk bela ...atau etc tapi ini perlukan ilmu.
so pada saya belajarlah daripada kes ini
i hope agensi seperti
JAKIM, IKIM especially - you all fellows belrlungguk yg ambil psikologi , undang undang dan fikrah islam sila teliti isu ini sebab amanah pada hampa laa....
Post time 8-2-2015 02:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mbhcsf replied at 6-2-2015 08:17 PM
pendapat peribadi saya mengenai isu ini.
Isu ini sebenarnya membuka mata kita sebagai umat Islam ...
Andaikata kita yang berjuang hak islam diberi kuasa untuk bertindak, saya sedia sertai perjuangan ini.
Malangnya kita ketiadaan kuasa dan pengaruh, negara telah membuat keputusan yg difikir wajar, kerana kuasa atas mereka. Bukankah kita sebagai muslim yg berkewajipan untuk menyedarkan masyarakat perlu bertanggungjawab membuka mata mereka?
Biar murni hasrat kita hendak menyelamatkan keadaan, apakan daya, kita selayak bersuara tanpa berkuasa mengubah undang2 negara.
Semoga Allah sentiasa mendengar doa hambanya yang benar jujur.
Didikan bukankah berasal dari rumah? Nilai murni diterapkan dari kecil sewaktu kita separa sedar dan meresap hampir kesemua yg diajar dan disaksikan, disimpan dalam otak selama proses pembesaran berlaku. Dan tidak lupa yg utama semuanya bersandar pada diri sendiri, iaitu apabila kia telah dewasa dan berakal.
Semua nya atas kehendakNya. Semoga kita terlindung dari kedatangan bala yang amat dasyat.
ooOoo GID ..
yap perlu dan mesti d'bendung ..
kalau tidak implikasi nya ..
ia akan membuka ruang sekumplok masyarakat yang berfikiran liberal
menghalalkan perkara yang haram ..
dengan tidak secara langsung ia ..
mengalakan mengikut dan mengamalkan gaya hidup LGBT ..
dan impak ini ..
akan mengundang genjala hidup yang tidak sihat ..
and social disorder ..
d'dalam islam ..
ofcoz mengundang kemurkaan Allah ..
ia amat merbahaya .. untuk sesebuah negara ..