Edited by uniq61 at 2-2-2015 02:54 PM
[Kisah ini dhaif/bathil]
Sudah dikisahkan ketika Nabi Adam diusir dari syurga, semua makhluk bersedih kecuali emas. Lalu Allah bertanya kepadanya, kenapa ia tidak bersedih seperti yang lain. Maka dijawap oleh emas. “Kenapa harus aku bersedih, sedangkan Adam dan Hawa sudah melanggar perintah Allah dengan memakan buah larangan.” Sejak dari itu Allah menjadikan emas sebagai barangan yang dipandang tinggi oleh manusia. (Pelaburan Emas, Saat Sukami, Penutup, 119/161, Batu Cave/Selangor)
Gambar kulit buku Pelaburan Emas oleh Saat Sukami
Berikut pertanyaan kepada beberapa ustaz yang terdiri dari pengajar di masjid, penulis buku, dan penuntut ilmu. Kebanyakan mereka belajar di Islamic University of Madinah.
Jawapan:
'Hadith dalam musnad al firdaus.
'لما أهبط الله عز وَجل آدم من الْجنَّة إِلَى الأَرْض حزن لَهُ كل شَيْء جاوره إِلَّا الذَّهَب وَالْفِضَّة فَأوحى الله إِلَيْهِمَا جاورتكما بِعَبْد من عَبِيدِي ثمَّ أهبطته من جواركما فَحزن عَلَيْهِ كل شَيْء إِلَّا أَنْتُمَا فَقَالَا إلهنا وَسَيِّدنَا أَنْت تعلم أَنَّك جاورتنا بِهِ وَهُوَ لَك مُطِيع فَلَمَّا أَن عصاك مَا نحب أَن تحزن عَلَيْهِ فَأوحى الله إِلَيْهِمَا كَذَا كَانَ بَدو شأنكما فَوَعِزَّتِي وَجَلَالِي لأعزنكما حَتَّى لَا ينَال '
Hadith ini dhaif. Kata syeikh Albani dalam silsilah al hadith qudsiyah dha'ifah Ianya dhaif, dikeluarkan oleh Dailami dari Anas bin Malik RA. Disebabkan ia dhaif, maka hadith ini tak boleh diterima sbb ia melibat persoalan ghaib...jadi kisah ini bathil
Menurut asy-Syaikh 'Isaam adh-Dhaabiti dalam kitabnya Jami' al-Ahaadiith al-Qudsiyyah, dia kata hadith ini dha'if kerana ada beberapa perawi yang tidak diketahui biodatanya.
Berkata lagi Ustaz Salman Ali:
"Berkaitan hadith itu, macam inilah kalau detailnya, saya tak ada musnad al-firdaus untuk go details riwayat itu, tapi (hadith itu) disandarkan juga kepada al-Dailami dan juga Ibn al-Najar. Juga saya tidak jumpa sanadnya.
Sy jumpa sanadnya dalam al-Muntazam Fi al-Tarikh oleh Ibn al-Jauzi. Sanadnya dari Muhd bin al-Walid dari Wahab bin Jarir dari Syu'bab dari Abu Tayyah dari Anas ke semua mereka sahih rawi yangg diterima (oleh) Bukhari (dan) Muslim.
Yang dengar (mengambil) dari Muhd bin al-Walid adalah al-Qadi Abu Umar Muhd bin Yusuf. Al-Zahabi puji beliau dalam Siyar. Yang mengambil dari beliau (ialah) al-Hafiz Ibn al-Saqqa yang saya tidak dapat cari tentangnya. Muridnya ialah Abu al-Ala al-Wasiti, (seorang yang) mashyur.
Yang penting hadith (yang) nak dikira sahih bukan sekadar rawinya adalah sahih. (antaranya) Kaedah yang ulama hadith terkemudian letakkan apabila hadith tiada dalam kitab-kitab yang masyur seperti Kutub Sittah dan Sunan, (maka) past ada masalah dengan hadith itu. Kalau (cuma) ada dalam Musnad Firdaus sahaja juga tanda hadith itu daif. Kalau tidak ada sanad lain yang menyokong hadith ini, (maka) cerita ini ganjil dan mungkin munkar , wallahu A'lam"
Gambar dialog yang asal.
|