CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1295|Reply: 0

[Tempatan] Kestabilan kerajaan penting untuk tarik pelabur - Tun M

[Copy link]
Post time 28-1-2015 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Kestabilan kerajaan penting untuk tarik pelabur - Tun  MBernama | Kemas kini:  Januari 28, 2015
(Diterbitkan pada: Januari 28, 2015 07:42  MYT)        




TUN MAHATHIR: Kestabilan kerajaan penting untuk  tarik pelabur - Gambar Fail



KUCHING: Kestabilan kerajaan merupakan  faktor yang amat penting untuk menarik pelabur ke sesebuah negara, kata bekas  Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tiada pelabur  yang sudi datang ke sesebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang kuat dan  stabil.

Menjawab soalan daripada hadirin selepas menyampaikan ucap  utama pada Pameran dan Persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa Sarawak ketiga di  sini hari ini, beliau berkata apabila berlaku pertukaran kerajaan secara  mengejut, dasar juga akan berubah secara mengejut atau dasar lama akan diamalkan  semula.

"Sekiranya anda sering menukar kerajaan, anda akan mengusir  pelabur. Anda juga mengganggu kelicinan fungsi kerajaan," katanya.

  Mengenai program pengindustrian Malaysia, Dr Mahathir berkata untuk terus maju,  fokus perlu diberi terhadap teknologi tinggi dan aktiviti nilai tambah serta  mengurangkan aktiviti berintensifkan buruh.

Dr Mahathir berkata sejajar  dengan itu, adalah amat penting bagi kerajaan memberi keutamaan terhadap usaha  melahirkan pekerja berpendidikan tinggi.

Mengenai industri minyak dan  gas, beliau berkata industri hiliran jauh lebih penting daripada industri  huluan.

"Harga minyak akan terus naik turun. Oleh itu, kita perlu  memberi fokus terhadap penyelidikan mengenai produk petrokimia dan gas baharu  serta aplikasinya.

"Sebagai contoh, sekarang kapal terbang besar  diperbuat daripada bahan kopmposit, bukan lagi daripada aluminium.

  "Apabila harga bahan komposit jatuh, permintaan terhadapnya akan meningkat bagi  menghasilkan semua jenis kenderaan," katanya.            

  

Read more at: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kestabilan-kerajaan-penting-untuk-tarik-pelabur-tun-m-52925?cp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 1.193212 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list