View: 8310|Reply: 62
|
[Tempatan]
Harga rumah naik 10% lepas GST - penganalisis hartanah
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 April ini pasti akan berlaku selepas pelbagai perancangan dilakukan oleh kerajaan termasuk memberi maklumat secara jelas kepada rakyat.
Apabila pelaksanaan GST diumumkan pada Belanjawan 2014, pelbagai reaksi dan persoalan mengenainya dipaparkan oleh banyak pihak kerana ia membabitkan prestasi kewangan individu, syarikat dan industri secara keseluruhannya.
Namun begitu, dalam sektor perumahan, kerajaan sudah menetapkan bahawa GST sebanyak enam peratus tidak akan dikenakan kepada pembelian kediaman dan pada masa sama banyak tinjauan mengenainya dilakukan oleh pemain industri berkenaan.
Antara laporan kajian penganalisis berkaitan pelaksanaan GST ke atas harga rumah diunjurkan bakal meningkat sebanyak 10 peratus berikutan kos bahan pembinaan akan meningkat.
Justeru, dalam tempoh kira-kira tiga bulan akan datang ini, terdapat pula laporan media mengenai pemaju perumahan mula menawarkan pakej pembelian rumah istimewa sebelum pelaksanaan GST dilakukan kepada orang ramai bagi mengelakkan pembeli berdepan dengan harga lebih mahal untuk memiliki aset berkenaan.
Penganalisis hartanah berkata, dalam tempoh suku pertama tahun ini sememangnya pasaran hartanah kediaman lebih agresif terutama membabitkan kediaman dalam pasaran sekunder berbanding premier berikutan harganya lebih murah.
Beliau yang tidak mahu nama dan organisasinya dipaparkan berkata, dari segi unjuran peningkatan peratusan antara suku pertama tahun ini dan 2014 tidak dapat diumumkan berikutan kita masih di bulan pertama 2015, tetapi dijangkakan situasi pembelian kediaman akan lebih menarik.
“Jika kita lihat apabila kediaman baru dibangunkan ia akan memberi kesan harga kepada pasaran perumahan sekunder di sekelilingya secara langsung dan selepas pelaksanaan GST berkemungkinan harga pasaran sekunder meningkat lebih tinggi jadi orang ramai lebih tertarik untuk memberi kediaman dalam pasaran itu berbanding premier.
“Bagi pasaran premier atau perumahan baru dibangunkan sebelum GST yang dijual pada harga pasaran premium melebihi RM700,000 ke atas akan berdepan dengan situasi lebih mencabar dan pemaju akan menawarkan pakej menarik bagi membolehkannya terjual,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
property sure go up hwanggg
ramalan kemelesetan tidak menjadi |
|
|
|
|
|
|
|
Syukurla Malaysia masih aman dan byk rakyat masih kaya raya. Rumah harga juta2 pun dah byk terjual. |
|
|
|
|
|
|
|
Selain rumah..apa lagi naik lepas gst |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Anak_Nogori at 24-1-2015 12:19 PM
So..jangkaan naik krn harga bahan mentah dijangka naik.
Belum apa2...dah dibuat persepsi spekulasi...saya nak naikkan harga rumah..tak berjaya dgn isu kenaikkan bahan mentah..maka isu ha rga tanah pula dimainkan.
Apa cerita pun harga rumah tetap naik...gst ka tak gst ka.. |
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 lah buat pelaburan harga rumah semakin tinggi untung lah yg ada bnyk rumah ...pakcik kayoo.....yg harga rumah melambung tinggi siapa mau beli org berwang lah...untung .....dduk merempat di tempat sendiri..MALAYSIA TANAH AIR KU YG KU CINTAI.... |
|
|
|
|
|
|
|
REHDA tertawa gembira |
|
|
|
|
|
|
|
harga rumah naik masih ada jua yg beli...org Malaysia ramai jutawan okek... |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 24-1-2015 12:00 PM
property sure go up hwanggg
ramalan kemelesetan tidak menjadi
Provok harga roma bakal jatuh senilai reban ayam takmenjadik |
|
|
|
|
|
|
|
Ni aku prcaya...munasabah
Sbb ada org tu cgpa 3.85 ckp rumah tak naik pas gst tu mmg mngarut...
Skrng pra-gst perumahan dpn iols tgh on going bina rumas..teres..siap pemaju offer pulang duit booking cash sbb masa penawaran hrga rm400k.. then harga trkini..rm680k..gila intermediate terrace rege cmtu |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki )
15 hrs ·
Iklan GST dari SYJ..
Tak jadi kahwin kes harga rumah melambung..salah kan GST
Yassin bagitahu yang harga rumah takde kaitan dengan GST
Dey macha..yassin oi..GST belum laksana..sewa rumah pun lu dah tak mampu bayar..kalau GST dah ada nanti..kos binaan dah naik harga..sewa rumah lagi tinggi..gua rase lu duduk bawah jambatan..hisap gam je lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad, Ah Lim dan Maniam bersedih harga rumah naik harga, Sime Darby, Mah Sing dan SP Setia tepuk tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya kerajaan kena sekat pemilikan rumah, contohnya 2 atau 3 buah rumah maksimum untuk seorang individu, sebab salah satu punca kenaikan harga rumah adalah disebabkan individu2 yang beli rumah untuk melabur tapi bukan untuk tinggal. Bila banyak permintaan dari para pelabur perumahan ni maka pemaju akan menaikkan lagi harga rumah dan rakyat pertengahan yang majoritinya cukup2 makan tersepit untuk membeli rumah yang semakin mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
sasuke-kun replied at 24-1-2015 03:00 PM
Patutnya kerajaan kena sekat pemilikan rumah, contohnya 2 atau 3 buah rumah maksimum untuk seorang i ...
Actually kerajaan memang ada mengambil langkah-langkah seumpama itu dari dulu lagi, tetapi untuk nilai hartanah di bawah RM1 juta dan cuma tertakluk di kawasan tertentu.
Selain itu, PR1MA ditubuhkan pun mahu membantu golongan yang layak dibantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye betul sebenarnya prima pun banyak membantu dalam menstabilkan harga rumah. At least rakyat pertengahan mcm kita ni ada option ntuk beli rumah yang affordable.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada naik? Yasin SYJ hari2 ckp umah x naik rega lps gst...cer tnya yassin |
|
|
|
|
|
|
|
jiran aku nak jual rumah dia, dari 500k turun ke 480k turun ke 430k
sampai sudah tak laku lagi
masa tgh harga tinggi dia tak mau jual, nak tunggu harga lagi tinggi
sekarang harga dah jatuh pun takde orang nak beli
rumah baru dah nak siap nak kena bayar full lepas ni hmmm
bukan senang bank nak luluskan loan lepas tu dengan kegawatan macam sekarang
ramai yg dah kena buang keje pulak
ni baru awal tahun, kita tunggu 3, 4 bulan lagi tengok mcm mana |
|
|
|
|
|
|
| |
|