View: 3295|Reply: 8
|
Dayang dapat pujian melambung
[Copy link]
|
|
Dayang dapat pujian melambung
- Dayang Nurfaizah
PENYANYI Di Pintu Syurga, Dayang Nurfaizah mendapat pujian ketua juri yang juga komposer terkenal, Azmeer melalui persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang berlangsung malam semalam.
Azmeer meletakkan Dayang sebagai penyanyi yang mempunyai nada sempurna ketika menyampaikan lagu Di Pintu Syurga hasil karya Tam Spider sebagai komposer dan liriknya yang ditulis Iman Imran.
Malah Azmeer turut memberitahu, penyanyi baru, Indah Ruhaila yang menyampaikan lagu Percayalah mempunyai nada yang hampir sempurna.
"Di antara penyanyi yang boleh menyanyi dengan hebat malam ini (tadi) ialah Indah Ruhaila tetapi Dayang menang kerana keikhlasan nyanyiannya dan bahagian dia menyanyi tanpa muzik itu bukan mudah nak nyanyi.
"Di situ, dia membuktikan bahawa dia adalah 'pitch perfect singer'. Dia skor di situ. Indah memang hampir sempurna," katanya pada sidang media selepas pengumuman pemenang AJL29 selesai.
Sementara itu, Dayang mengakui tidak percaya ketika namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik untuk AJL kali ini.
"Dayang bersyukur sangat. Memang itu (vokal terbaik) yang dinantikan sebagai penyanyi. Ketika nama pemenang Vokal Terbaik AJL29 dipanggil, Dayang kata 'biar betul ni?'.
"Alhamdulillah apa yang diusahakan selama ini berbaloi," katanya.
Dayang turut memenangi tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM20,000 dan RM12,000 bagi pemenang Vokal Terbaik.
Pentas AJL29 kali ini menyaksikan lagu Apa Khabar nyanyian Sona One dan Joe Flizzow diangkat sebagai juara menewaskan 11 lagu-lagu lainnya.
sumber:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Yes..dayang is a legend..mmg suara jelas n mantop mlm tu..dh dlm jangkaan |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang ni sbnrnya antara the best singer dlm malaysia cuma underrated.
Thank u indigital & tv3 sbb naikkan nama Dayang balik. |
|
|
|
|
|
|
|
mak syukur sgt2 dayang menang kali ni...si seluar sendat zizang, porahhhh...mgutuk itam, tapi hati ko n teloq dlm suar sendat ko lbh itam dari segala makhluk ciptaan Allah. Mgkn dia jeles kot sb ikan kembong tak dpt apa2 anugerah dlm lakonan sendu, puiiiii. x sedaq diri |
|
|
|
|
|
|
|
dia memang layak pun..dari dulu suara dia bagus |
|
|
|
|
|
|
|
smpai arini pun dok ulang2 play video ajl dayang & romancinta...
mmg sampai kat hati! |
|
|
|
|
|
|
| |
|