CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4570|Reply: 30

[Tempatan] Pelaburan haram: melayu terpedaya lagi

[Copy link]
Post time 14-1-2015 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Kerugian ratusan ribu ringgit


Mohamad (kiri) dan Azahari menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung penipuan orang tengah dalam aktiviti pelaburan urus niaga tukar wang asing.


KULIM - Dua rakan mendakwa mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila terpedaya oleh orang tengah dalam aktiviti pelaburan urus niaga tukaran mata wang asing.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 34, berkata, dia mula terlibat dengan pelaburan urus niaga tukaran mata wang asing itu pada Disember 2013 melalui orang tengah yang baharu dikenalinya ketika sedang makan bersama rakan di sebuah restoran, dekat sini.

Menurutnya, perwatakannya yang baik dan boleh dipercayai telah mempengaruhinya membuat keputusan menyertai pelaburan tersebut.

“Saya pernah ikut dia balik ke rumahnya di kawasan perumahan sekitar bandar ini.

“Pada mulanya memang tak dinafikan saya dapat untung seperti yang dijanjikan sebanyak 30 hingga 40 peratus. Pulangan yang lumayan tersebut menyebabkan lima lagi rakan saya turut berminat menyertai pelaburan tersebut dengan mengeluarkan modal sebanyak
RM30,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad yang juga seorang kakitangan awam berkata, setelah hampir setahun menggunakan khidmat orang tengah akhirnya wang modal pelaburannya sebanyak RM165,000 yang diperoleh dari keuntungan aktiviti tersebut serta pinjaman peribadi daripada bank lesap begitu sahaja.

"Saya bukan saja perlu tanggung hutang, tetapi juga kena tanggung malu dengan kawan-kawan dan terpaksa guna duit sendiri untuk bayar semula kepada mereka.

"Saya juga mula sedar diri ditipu apabila pulangan keuntungan yang dijanjikan pada September tahun lalu tak diberikan dan apabila saya hantar SMS kepada orang tengah terbabit, langsung tak berjawab.

"Namun pada Oktober lepas saya ada berjumpa dan berbincang dengannya dan dia setuju membayar separuh dari modal saya, tetapi sekali lagi saya ditipu apabila menerima cek tendang sebanyak RM45,000 yang dihantar melalui pos," katanya.

Katanya, empat laporan polis dibuat terhadap suspek tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sejak Oktober tahun lalu.

“Isteri saya juga ada membuat laporan polis terhadap suspek, saya harap pihak polis dapat mengambil tindakan segera kerana kita bimbang akan ada lebih banyak akan menjadi mangsa penipuannya,” katanya.

Sementara itu rakannya, Azahari, 52, berkata, kerana terlalu mempercayai orang tengah, dua lagi ahli keluarganya turut menyertai pelaburan tersebut dan mengalami kerugian sebanyak RM157,000 dalam sekelip mata.

Azahari yang juga kakitangan swasta itu berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila sering disindir ahli keluarganya selain terpaksa menanggung beban hutang.

“Saya memang tidak akan mempercayai lagi aktiviti pelaburan seperti ini.

“Saya juga kesal dan bersalah kerana mempengaruhi anak dan isteri saya untuk melabur sehingga mereka terpaksa melakukan pinjaman peribadi serta mengeluarkan wang simpanan,” katanya.

Menurutnya, walaupun pada permulaannya tidak dinafikan menerima pulangan keuntungan yang agak lumayan, namun pelaburan terakhir yang dilakukan pada Oktober tahun lalu telah lesap begitu saja.

“Apabila ditipu begitu, saya mula terfikir adakah dia memang melakukan aktiviti urus niaga tukar wang asing itu kerana sebelum ini dia tidak pernah menunjukkan carta pelaburan tersebut.

“Saya harap pihak polis dapat mengambil tindakan segera kerana saya percaya dia masih bebas dan akan mengulangi perbuatan tersebut kepada mangsa baharu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 10:20 AM | Show all posts
banyak kes dah terjadi, cam forex, swisscash, virgin gold, etc...padan muka sama itu melayu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:21 AM | Show all posts
tamak punya pasal...

kalau macam ni..aku pun boleh bukak syarikat pelaburan..

untuk 3 bulan pertama...umpan pelabur dulu...bila diorg dah tamak gelap mata..angkut lari duit tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:24 AM | Show all posts
dah selalu sgt terjadi kes serupa ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:25 AM | Show all posts
suka sgt melabur guna org tgh..pastu baru kenal plak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:25 AM | Show all posts
melayu suka cepat kaya, malas berusaha...masuk skim cepat kaya bleh eksen dgn org kg beli beemer atau merc
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2015 10:36 AM | Show all posts
sebab suka sangat masuk banyak banyak nak untung cepat.....

kalau nak kurangkan risiko rugi atau kena tipu...masuk sikit...atau masuk setakat mana yang you rasa kalau kena tipu terus, boleh terima hakikat duit akan burn, yang mana kalau rugi takde effect pada urusan seharian, yang mana tak menampah beban hutang...yang mana korang boleh redho dan tak meroyan.

masuk sikit..katakan masuk 5,000 dulu....dpt pulangan 30%....dalam rm1,500....jangan la guna..simpan....bila dah 4 bulan dapat pulangan balik....then untung seterusnya baru guna atau top up balik...
maknanya dah balik duit modal...tak kalau tetiba kena tipu tak rugi..

Masalahnya org kita...suka masuk banyak banyak......bila dah 2 bulan dapt pulangan...mulala menambah lagik duit modal...mula suruh org lain masuk jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:37 AM | Show all posts
macam ku tahu je siapa si penipu ini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 10:39 AM | Show all posts
nasib baik kerajaan larang melayu dr berjudi...kalu tidak, penuh melayu di genting nun...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:39 AM | Show all posts
sekarang skim pelaburan mcm ni dah sgt bayak kat fb tu..
cth 100 income 1000
giler orang tak bila dgr pulangannya.
konon business itu ini..
last2 bila dah sangkut..
xleh payout..
baru ngaku dana xde. sebab? dia hanya sekadar wat rolling money
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:41 AM | Show all posts
Macam la tak sedar kaum bukan melayu  pun  ramai kena tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:42 AM | Show all posts
ifanonline replied at 14-1-2015 10:25 AM
melayu suka cepat kaya, malas berusaha...masuk skim cepat kaya bleh eksen dgn org kg beli beemer ata ...

cina pun apa kurang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:42 AM | Show all posts
now aku tgk trending kat FB aku member2 dok ber "AJ hebat ANDA hebat"........sumer dok ajak join bisnes Affiliate Junction (AJ) jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:46 AM | Show all posts
kaya kaya kaya semua mau kaya cepat
ni sekoq lagi..
http://www.leadgenerationmastery.my/
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:46 AM | Show all posts

ade...cina tipu melayu ade...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:51 AM | Show all posts
hadoi senangnya kena tipu
br kenal kot dah percaya nak bg riban2
mmg sengal
selayaknyalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendek kata, Melayu mudah ditipu ke nak cakap tak menipu bukan Cina?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:06 AM | Show all posts
nalinputeri replied at 14-1-2015 10:37 AM
macam ku tahu je siapa si penipu ini

Siapakah?letak gmba si cilaka tu skali k kalu ade
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:08 AM | Show all posts
ifanonline replied at 14-1-2015 10:46 AM
ade...cina tipu melayu ade...

melayu tipu cina ade...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:08 AM | Show all posts
Bodoh betul melayu nih mudah btul ditipu.terperap di gua kah?xbc ka isu jenayah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057900 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list