CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1705|Reply: 6

[Tempatan] Bang Hisham di suruh campur tangan kes pecat Mejar..kata nya

[Copy link]
Post time 13-1-2015 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Hishammuddin digesa campur tangan keputusan Mahkamah Tentera - PKR


Menteri Pertahanan digesa untuk mencampur tangan susulan keputusan Mahkamah Tentera yang menjatuhkan hukuman pemecatan Mejar Zaidi Ahmad, ujar Johari. - Foto Fail

















PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein digesa untuk mencampur tangan susulan keputusan Mahkamah Tentera yang menjatuhkan hukuman pemecatan Mejar Zaidi Ahmad.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat pagi tadi, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul anggap hukuman itu tidak setimpal dengan kesalahan Mejar Zaidi yang mendedahkan masalah dakwat ketika pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

"Menteri Pertahanan perlu melihat kembali kes ini dan memberikan keadilan kepada Mejar Zaidi.



"Isu yang dibawa Mejar Zaidi bukankah membocor rahsia kerajaan atau mencuri enjin kapal terbang. Beliau cuma berkata perkara yang benar," katanya.

Johari turut berkata bahawa hukuman yang diterima tidak adil kerana beliau telah berkhidmat selama 26 tahun dan pernah ditugaskan di Bosnia.

"Ketika dia memaklumkan tentang dakwat kekal, pihak kerajaan atau polis sepatutnya membuat satu siasatan. Ini tidak, malah Mejar Zaidi dikenakan tindakan disiplin dan akhirnya dikenakan tindakan maksimum iaitu tamat perkhidmatan," kata Johari.

Beliau turut berkata jika pihak kerajaan tidak mengambil tindakan, ia seperti pihak kerajaan sekongkol dalam keputusan ini.

"Ia tidak baik di mata dunia dan jangan melibatkan anggota tentera dalam isu politik," katanya lagi.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 02:02 PM | Show all posts
ada juga makhlok yg berakal...

harap2 mejar dpt pengadilan yg sewajarnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 02:15 PM | Show all posts
Semoga mejar tersebut tabah menghadapi dugaan yang menimpa....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 02:16 PM | Show all posts
Mungkin ada kes org dalam la nih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.mcm kwn aku ckp yg kj ngn sprm..die hnye blh myiasat tp sma ada kes nk bwk ke ats atau tak bgantung pd pihak atsan..kbiasaan kalo kes mlibatkn org2 tertentu alamat d bt pekasam jer lah..jelas pd kes mejar nie die yg kna blk
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:42 PM | Show all posts
silap dia sbb viralkan benda tu....kan dia boleh terus report dkt higher management???in my opinion la...instead, dia terus viralkan dkt fb ape semua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2015 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
klu hisyam ada telur,dia jawab la....kes ni g byk tgn yg kacau sbnrnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.218954 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list