CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3410|Reply: 12

[Tempatan] Video Murid Perempuan Kudung Menyentuh Hati

[Copy link]
Post time 13-1-2015 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Video murid perempuan kudung menyentuh hati
Ainaa Amanda yang baru memasuki darjah satu, mengadu kepada ibunya bahawa  rakan-rakan sekolah mengejeknya tiada tangan. - Foto Facebook Abby Hassan


[size=100%]KUALA LUMPUR, 13  Januari:
Klip video mengenai kisah seorang murid  perempuan darjah satu yang kudung tangan kanannya, mampu membuatkan sesiapa  sahaja yang menontonnya bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu.

Rakaman video selama 3 minit 23 saat yang  dirakam ibunya dan dimuat naik ke laman sosial Facebook itu, memberi kesan  mendalam dan boleh menyentuh perasaan, jika penonton menghayati secara  mendalam situasi yang dihadapi kanak-kanak itu, ketika berdepan rakan-rakan  sekolahnya.

Meskipun kanak-kanak itu kudung, tetapi dia  masih bersyukur dikurniakan kesihatan pancaindera hingga dia boleh menasihatkan  rakan-rakan sekolahnya yang cuba mengganggu dan mengejeknya.

Video murid perempuan itu telah ditonton lebih  74,076 kali dan dikongsi lebih 8,142 kali oleh pengguna laman sosial, dengan  11,950 orang menyukainya.

Dalam video itu, kanak-kanak perempuan  bernama Ainaa Amanda itu berkata kepada ibunya, dia tidak mahu bersekolah di  sekolah B dan mahu ibunya menghantarnya ke sekolah A yang disifatkan sebagai  sangat baik, ekoran penerimaan rakan-rakan terhadap keadaan dirinya.

Katanya, rakan-rakan yang berada di sekolah B  sering mengejeknya, dengan mengatakan dia seorang insan tidak sempurna, kerana  kudung sebelah tangan.
Tuhan bagi dekat saya, awak ni nanti kalau  Tuhan bagi awak tak ada tangan baru tahu.

“Nanti awak tak ada tangan, Tuhan bagi awak tak  ada hidung, tak ada mata, tak ada mulut, tak ada kaki, tak ada rambut sampai  kepala botak,” katanya Ainaa.

Keluhan hati kanak-kanak itu kemudiannya  disambut ibunya dengan pujukan dan kata-kata semangat bahawa dia adalah seorang  yang bijak dan mempunyai wajah cantik, sambil berpesan kepadanya, jika ada  orang yang mengata, anda harus balas dengan senyum sahaja dan berbuat baik tanpa  membalasnya dengan kejahatan.

Meskipun, anaknya tetap mengeluh dengan nasib  dirinya, namun ibunya masih berpesan bahawa apa yang dilakukan orang lain  terhadap dirinya itu pasti akan mendapat pembalasan daripada Tuhan.

Video tersebut dimuat naik ibunya menggunakan  profil Facebook Abby Hassan



TRP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2015 10:05 AM | Show all posts
kena ajar sikit sikap menghormati orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:08 AM | Show all posts
Kak ghost...ada bidionya, tolong tepek. Siannya si comel ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 10:08 AM | Show all posts
January 13, 2015


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 10:10 AM | Show all posts
sapp73 replied at 13-1-2015 02:08 AM
Kak ghost...ada bidionya, tolong tepek. Siannya si comel ni

tulah kita takleh nak tepek vid
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:32 AM | Show all posts
hebatnya adik ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2015 10:33 AM | Show all posts
this story bring tears to my eyes
sob sob


be strong girl
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 10:34 AM | Show all posts
tiap manusia lain dugaannya...walopun dia tkde tangan dia ada ibubapa dan kehidupan yg lengkap sempurna utk berteduh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2015 11:12 AM | Show all posts
bijak sgt adik nih, semoga adik berjaya ye syang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 11:14 AM | Show all posts
diharap mak bapak budak sekolah aina tgk bidio neh dan nasihat anak depa.

kalu anak aku buat cenggitu harus kene maki berbakul2. dasar tak sadar untung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 11:27 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2015 11:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 11:42 AM | Show all posts
sekolah mmg tempat monster. Hairan kenapa org kata kanak kanak tu ibarat kain putih. i mean kanak kanak by default ialah jahat, kalau tak percaya cuba jangan didik dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.446767 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list