View: 4640|Reply: 20
|
[Tempatan]
Jangan kongsi tuala
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Orang ramai terutama mangsa banjir dinasihatkan supaya jangan berkongsi barangan peribadi seperti tuala atau pakaian lembap yang sudah digunakan kerana ia membawa risiko besar untuk dijangkiti kudis buta.
Perunding Dermatologi Dr Saadiah Sulaiman berkata, jangkitan kudis buta sebenarnya disebabkan oleh kutu halus yang dipanggil Sarcoptes scabiei (scabiei) dan boleh merebak dan komplikasi boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat dengan segera.
Katanya, jika dibiarkan kutu halus itu boleh menetaskan telur di kawasan kudis buta berkenaan sebelum menjadi ulat.
“Ulat yang membiak di kawasan kudis buta itu boleh menyebabkan serangan ekzema pada kulit dan kemudian menimbulkan pelbagai jangkitan bakteria lain,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Saadiah, jangkitan kudis buta cenderung berlaku di kawasan yang sesak dan mempunyai ramai orang.
“Hubungan rapat yang terjalin juga memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama dalam kalangan ahli keluarga atau pusat asuhan bagi si kecil,” katanya.
Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Farahlydiana Mohd Zaphie yang menderita dijangkiti kudis buta selepas mengharung banjir di kampungnya di Jeram Panjang, Laloh, Kuala Krai.
Kanak-kanak berkenaan terpaksa menanggung kesakitan selama beberapa hari ketika terperangkap di sebuah bukit selepas perkampungannya dinaiki air.
Farahlydiana hanya dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) Rabu lalu apabila kudis itu semakin melarat di kaki dan tangannya.
Sementara itu, Pakar Kanak-kanak Dr Syed Nazri Syed Kadir pula berkata, pada orang dewasa jangkitan kudis buta boleh berlaku di sekitar celah jari, pergelangan tangan atau kaki, tapak kaki (tengah), kemaluan, lutut dan di kawasan tulang belikat.
Manakala pada kanak-kanak pula, kutu biasanya menyerang di sekitar kulit kepala, muka, leher, tangan dan kaki.
Katanya, apabila diserang kutu scabiei, seseorang itu mengalami kegatalan dan biasanya keinginan untuk menggaru sangat tinggi ketika tidur pada waktu malam.
“Komplikasi biasanya timbul akibat terlalu banyak menggaru sehingga kulit luka,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurap?......dari kecik lagi I dah dinasihatkan jangan berkongsi tuala.....tambah2 duk asrama sebab takut kena Kurap org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Kurap susu antara dua peha kau........kau takmo share?
Sebab tuh tak pernah cleaned shaved kan? Takut terserlah kekurapannya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Org ckp kudis buta dia ckp kurap plak. Tunjuk terror la tus. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan seeloknya elakkan menggaru dgn tangan @ kuku....
boleh sebabkan keadaan makin teruk... |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat betul....kena mandi pakai sabun antibac...or dettol ke...sbb...kena jaga kebersihan diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh jock itch ke bukan jock itch ni? Lebih kurang sama saja. |
|
|
|
|
|
|
|
KUDIS BUTA
Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau
Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan , permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.
Pesakit itu akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu.
Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain.
Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang mengidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.
KURAP
Penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat. Kurap terdiri daripada kurap dagu, kurap kuku, kurap kuli kepala dan kurap tubuh.
Kurap dagu bermula dengan keradangan pada akar atau folikel janggut.
Kurap kuku menyebabkan kuku menjadi tebal, rapuh, pecah, putih, dan sering kali kasar.
Kurap kulit kepala mula-mula kelihatan sebagai tompok bulat, bewarna merah, bersisik serta lepuh.
Kurap tubuh disebabkan oleh jangkitan pada kulit, muka,leher, badan, lengan dan kaki. Kurap ini dicirikan oleh tompok-tompok merah, biasanya seperti sisik.
Pada keseluruhannya,penyakit kurap tidak merbahaya tetapi ia hanya mendatangkan ketidakselesaan sahaja.
Larutan atau krim antikulat yang disapu pada bahagian kulit adalah memadai untuk merawat kurap.
Seseorang yang dijangkiti kulat hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri supaya ia tidak dijangkiti kepada orang lain. Elakkan daripada menggunakan pisau pencukur, alatan mandian dan tuala pesakit. Alat berkenaan hendaklah direndam di dalam air didih untuk membunuh kuman.
sumber: https://www.facebook.com/NJ.Beauty.Product/posts/122290904590141
|
|
|
|
|
|
|
|
makin digaru..makin sedap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bawa diluted dettol(30-50%) dlm small vial kemana2..insyalleh selamat..saya xpurcaya hand sanitizer sngt sis...gatal saja trus sapu.
|
|
|
|
|
|
|
|
xlalu kongsi tuala...
dok hotel pun bawa tuala sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
apa cara nak ubat ? setahu ak tengok yang kudis buta, sampai ke besar tak elok jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Ini disebabkan oleh kutu. Jadi kenalah guna insecticide utk membunuh kutu tersebut. Sabun bunuh bakteria tak berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
duk asrama dulu kena..peh sengsara..harap sukarelawan jaga kebersihan diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
kali pertama dengar kudis buta~ hahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni dah kenapa stinger attack? Pasal ko suka attack wanita?
Kalau ko rogayah sekalipun tak perlulah ko membenci kaum wanita....
|
|
|
|
|
|
|
|
dgn suami pun jgn kongsi2 tuala jua..ingat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kebersihan perlu di jaga pada time time banjir, macam macam penyakit boleh dapat ...
|
|
|
|
|
|
|
|
ade ke org kongsi tuala... ngn laki iolls pn tk kongsi..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|