CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4490|Reply: 27

[Tempatan] Harga minyak meningkat

[Copy link]
Post time 30-12-2014 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Harga minyak meningkat
Ekonomi
Oleh Reuters-  29 Dec 2014 (20 hours ago)   
1 of 1
















Harga minyak dunia meningkat dalam dagangan awal hari ini selepas merekodkan kejatuhan dalam dua sesi sebelumnya.

Peningkatan tersebut didorong oleh kebimbangan terhadap situasi yang semakin tegang di Libya sehingga menyebabkan kebakaran di salah sebuah terminal eksport utama minyak negara itu.

Kebakaran tersebut telah memusnahkan 800,000 tong minyak mintah iaitu output melebihi dua hari negara berkenaan.

"Libya dan semua masalah lain menyebabkan premium risiko. Minyak ketika ini berada pada paras di mana orang ramai gembira untuk membina satu premium risiko," kata Ketua Pegawai Pelaburan di Ayers Alliance, Sydney, Jonathan Barrat.

Harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$59.82 pada 0302 GMT atau 12 malam tadi waktu Malaysia selepas mencatatkan harga AS$60.40 sebelumnya.

Penganalisis Philip Futures, Singapura, Daniel Ang menjangkakan Brent akan berlegar pada harga sekitar AS$60 setong manakala minyak mentah Amerika Syarikat pada harga di antara AS$55 hingga AS$56 setong minggu ini.

Harga minyak juga menerima sokongan singkat daripada pelabur dan rancangan China serta Jepun yang mahu meningkatkan kecairan negara masing-masing.

The People’s Bank of China merancang untuk melonggarkan nisbah pinjaman:deposit kepada bank bermula tahun hadapan.

Ekonomi China dijangka berkembang sebanyak tujuh peratus pada 2015, lebih perlahan berbanding unjuran 7.3 peratus pada 2014, demikian menurut kumpulan pemikir kerajaan, Pusat Maklumat Negara hari ini.

Sabtu lalu, kerajaan Jepun pula telah meluluskan perbelanjaan rangsangan ekonomi bernilai AS$29 bilion untuk membantu wilayah-wilayah yang ketinggalan di negara itu dan isi-isi rumah dengan subsidi, baucer pembelian dan beberapa langkah lain yang diharapkan mampu meningkatkan ekonomi negara tersebut sebanyak 0.7 peratus.

Sumber:malaysiagazette








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 09:16 AM | Show all posts
Merasa ke tidak 1hb ni petrol bawah rm2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Abis la...hihi.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:29 AM | Show all posts
ku tunggu pengumuman esok
kalau naik pakai ler ron95
pastu sure ada puak2 yg suh gomen bg balik subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:38 AM | Show all posts
dah naik plak dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:39 AM | Show all posts
dunia ni...penuh dgn spek minyak...abis semua negara2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2014 09:40 AM | Show all posts
gile laa kalo minyak harga jatuh...

nanti negra OPEC mula laa reducekan pengeluaran....

US pun  perang laa sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:41 AM | Show all posts
tak jadi le kerjaan mesia turunkan harga petrol ron95 ek? 1 jan  ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 09:43 AM | Show all posts
STONER replied at 30-12-2014 09:38 AM
abg teringin nk pi korek sendiri myk pastu jual murah2 kt rakyat marhaen

saya sokong abam stone. pegi la korek dimana2. iols jadi customer pertama tau nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 09:52 AM | Show all posts
tak de laa penurunan harga minyak lepas nie....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:12 AM | Show all posts
  
lol im dead
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:16 AM | Show all posts
Najib kata hari tu.... "bila harga kangkung turun kenapa tak puji kerajaan?"

Sekarang harga minyak naik. Jadi perlu ke rakyat maki kerajaan dan najib sekali?

Apa2 hal pun tak baik maki orang.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
So xde la minyak bwh rm2 seliter? :zz:zz
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
STONER replied at 30-12-2014 04:32 PM
korek pakai jari aci tk dik?

Spidey paling suka fingering.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
besok isi ron 97 penuh penuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 04:57 PM | Show all posts
hurm..... naik tren la cmni...
heee...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 05:00 PM | Show all posts
mana ada dalam dunia harga barang makin turun...sure naik punya...nasi lemak pun naik....gaji pun naik...lebih lebih lagi resources yg terhad mcm minyak...

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 05:30 PM | Show all posts
STONER replied at 30-12-2014 04:32 PM
korek pakai jari aci tk dik?

itu korek taik hidung boleh la guna jari je.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la naik sikit.. xde la company2 gigih buang org sekarang.. g keje pn cuakk takut masuk2 xleh log in pc..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.483642 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list