Jenama Samsung lebih dikenali sebagai pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, bersaing hebat dengan produk-produk gajet pintar dari jenama Apple.
Namun, ia tidak ramai yang mengetahui Samsung turut mengeluarkan kamera digitalnya yang tersendiri antara siri yang terkenal adalah Samsung NX.
Terkini, Samsung telah melancarkan siri kamera terbaharu iaitu Samsung NX 1.
Dilengkapi bersama kelebihan kalis habuk dan tumpahan air, NX 1 sengaja direka sedemikian untuk menhadapi keadaan cuaca yang tidak menentu apabila kita merakam imej ketika melakukan aktiviti luar.
Selan tahan lasak, NX 1 turut memiliki status paparan LCD di atas kamera membolehkan ia mudah untuk digunakan oleh pemiliknya. Dalam pada itu, NX 1 memudahkan anda untuk memindahkan imej mahupun video beresolusi tinggi yang telah dirakam menerusi kelebihan WiFi dan Bluetooth.
Malah bersama kelebihan NFC, NX 1 dapat berhubung bersama komuniti alam maya dengan lebih pantas. Imej berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh NX 1 dijana oleh penderia APS-C BSI-CMOS, 28.2 megapiksel bersama sistem autofokus hibrid yang terkini.
Sebanyak 205 poin pemfokusan menjadikan NX 1 mampu memfokus hampir 90 peratus kawasan yang dilihat di dalam rangka gambar.
Bagaimanapun, rekaan NX 1 masih tidak banyak berubah berbanding siri sebelumnya, apa yang dilakukan Samsung adalah dengan menambahbaik kelebihan serta prestasi kamera tersebut dengan pelbagai ciri-ciri yang amat praktikal untuk peminat seni fotografi. Spesifikasi Samsung NX 1:
Penderia: APS-C BSI-CMOS, 28.2 megapiksel. Sistem Autofokus: Hybrid AF bersama 205poin pemfokusan. Kadar rakaman: 15 rangka sesaat (fps). Rakaman video: 4K (DCI 4K & UHD) menggunakan H.265 codec. Rangka: Aloi magnesium kalis cuaca. Paparan: Skrin sesentuh 3 inci Super AMOLED, 2.36M dot OLED EVF. Terdapat paparan info LCD di atas kamera. WiFi (802.11ac) dan Bluetooth binaan dalam . Pot sambungan: USB 3.0. Pilihan: penggenggam bateri.
Bateri: BP1900 lithium-ion.
Berat: 550 gram (g). Saiz: 139 x 102 x 66 milimeter (mm). Harga: RM6,271 (badan sahaja).
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-t ... thash.jgWARvqR.dpuf
Last edited by Cluster77 on 26-12-2014 07:38 AM
|