View: 2920|Reply: 15
|
[Jenayah]
Wanita Mirip Kuntilanak Sanggup Panjat Tebing Untuk Bolos!
[Copy link]
|
|
- Seorang wanita ditahan ketika cuba memanjat tebing setinggi lapan meter di belakang rumah kongsi di sebuah tapak pembinaan di Taman Krubong Jaya dalam serbuan kira-kira 6 pagi, semalam.
KRUBONG - Seorang wanita sanggup memanjat tebing setinggi lapan meter di kala subuh bagi mengelak daripada ditahan penguatkuasa ketika serbuan di tapak pembinaan di Taman Krubong Jaya, di sini, semalam.
Wanita dari Indonesia berusia 38 tahun itu juga bertindak memanjat tebing dengan berkaki ayam sebaik sahaja sepasukan polis menyerbu rumah kongsi di tapah pembinaan berkenaan dalam operasi bersepadu kira-kira jam 6 pagi.
Dia dan tiga lelaki warga asing lain yang turut melarikan diri antara 32 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang permit pekerjaan atau dokumen perjalanan masuk ke negara ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, jumlah itu termasuk lapan wanita yang ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Deputi Superintendan V Gunasegaran.
“Dalam operasi selama hampir tiga jam ini, mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun dan terdiri daripada 21 warga Indonesia, Myanmar (tujuh), Nepal (tiga), dan Bangladesh (satu) termasuk empat cuba melarikan diri bagi mengelak ditangkap.
“Empat warga asing termasuk seorang wanita yang cuba melarikan diri di belakang kawasan penempatan mereka bagaimanapun gagal apabila pasukan segera bertindak menahannya,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini, semalam.
Shaikh Adzis berkata, siasatan awal mendapati pendatang asing tanpa izin yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan pemeriksaan turut dilakukan terhadap kira-kira 30 motosikal ditemui di penempatan itu.
“32 warga asing daripada 382 yang diperiksa ini kemudian akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.-Sinar Harian[url=]
[/url] |
|
|
|
|
|
|
|
sanggup buat apa saja janji selamat |
|
|
|
|
|
|
|
kuntilanak kate ko. hahahahahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Demi sesuap nasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuntilanak...cilako je ayat....hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaahah kuntilanak takde permittttt habaq anggg |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat mane nak report ea kalau dekat kawasan tempat kita tinggal ade PATI macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sanggup ko kata dia kuntilanak |
|
|
|
|
|
|
|
x mirip pun.......................
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap Indon2 ni dan bakar je hidup2. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai hati TT kata Indon nih mirip kuntilanak
|
|
|
|
|
|
|
|
cakaplah mirip ponti.....feminin sikit...lol.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
kuntilanak pon voleyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Rambut dia persis sangat kuntilanak |
|
|
|
|
|
|
| |
|