CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2952|Reply: 9

[Jenayah] Jepun Chai DiTembak.Abam Polis Renung Roller Shutter,Abam Tattoo Sapu Sampah

[Copy link]
Post time 17-12-2014 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Seremban: Pertelingkahan antara dua kumpulan disyaki menjadi motif kejadian tembakan yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Kemayan Square, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Jepun Chai, 42, cedera di kepala, dahi dan telinga selain mengalami pendarahan dalam otak selepas terkena satu daripada tujuh das tembakan yang dilepaskan suspek.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 4.24 pagi.


“Sepasukan polis bergegas ke tempat  kejadian dan mendapati mangsa cedera di telinga kiri dan dahi selain terdapat benjolan di belakang kepala.
“Mangsa segera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar,  untuk rawatan lanjut dan pemeriksaan turut mengesan dia mengalami pendarahan dalam otak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemui tujuh kesan tembakan di pintu masuk premis berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah lampau dan kejadian itu dipercayai berlaku kerana pertelingkahan antara dua kumpulan tertentu.

“Bertindak atas siasatan dan maklumat, polis  menahan empat lelaki berusia antara 20 dan  35 tahun di Seremban dan Port Dickson, , dua jam kemudian.

“Semua suspek yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh, Selangor serta Seremban itu ditahan antara jam 6 hingga 8 pagi tadi (semalam),” katanya.

Muhamad Zaki berkata, hasil ujian air kencing mendapati keempat-empat suspek terbabit positif dadah dan mereka ditahan reman sehingga 28 Disember ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

      Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 9:05 AM   

ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian.




ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian.

http://www.hmetro.com.my/node/16589






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 09:12 AM | Show all posts
tajuk...
mcm teka teki


gang tembak menembak is back kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 09:12 AM | Show all posts
curlast...tajuk

that's ai lebiu hakak ghost

menceriakan pagi ai

muahs ciked.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 09:25 AM | Show all posts
Syd posted on 17-12-2014 01:12 AM
curlast...tajuk

that's ai lebiu hakak ghost

mmmuahh balik .agak merembes apek tattoo tuh.dah la pandai buat kerja rumah.memang boleh di nobatkan anak hekan tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 09:34 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 17-12-2014 09:25 AM
mmmuahh balik .agak merembes apek tattoo tuh.dah la pandai buat kerja rumah.memang boleh  ...

bab rajin mmg boleh laa wat anak hekan
tapi bodi ala2 bodi along tukang tampal iklan along jahh

cenonit jahhh



Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 09:43 AM | Show all posts
gigih aku kira lobang kat shutter tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2014 09:44 AM | Show all posts
gambar menjawab segala persoalan tuk tajuk yg mencabar bak karangan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 06:52 AM | Show all posts
pasai rebut territory le ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan org nippon mana lah yg kena tembak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk x menahan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.392887 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list