CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1541|Reply: 0

[Tempatan] Warga Emas Pula Ghaib !

[Copy link]
Post time 16-12-2014 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Slim River:  Selepas kejadian seorang kanak-kanak ‘ghaib’ dua tahun lalu, penduduk di Kampung Lintah Piong, dekat sini, kini digemparkan pula dengan berita seorang warga emas menerima nasib sama.

Mangsa, Aton Manaf, 81, kali terakhir dilihat bersiar-siar di keliling kampung pada hari Jumaat lalu namun selepas itu mangsa terus hilang tanpa khabar berita dan tidak pulang ke rumah.

Berikutan itu gerakan mencari mangsa membabitkan Unit K-9 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) serta penduduk kampung dijalankan pagi kelmarin dan diteruskan sehingga lewat petang semalam, namun usaha menemui mangsa belum berhasil.

Anak lelaki mangsa, Baharom Ahmad, 55, berkata, ibunya tinggal bersama dua anaknya, Baharudin Ahmad, 68, dan Saritah Normah Chik, 25,dan selalu keluar mengunjungi rumah rakan dan saudara di kawasan kampung setiap hari.


Katanya, biasanya ibu pulang atau dihantar pulang ke rumah tetapi kali ini luar biasa apabila tidak pulang menyebabkan dia bimbangan keselamatan ibunya yang sudah tua serta nyanyuk itu.

“Saya  mencari di keliling kawasan kampung dan pergi ke rumah saudara-mara termasuk memohon bantuan penduduk kampung untuk mencari ibu saya namun gagal.

“Saya memang risau dengan keselamatan ibu berdasarkan fizikalnya yang agak uzur sekarang ini dan saya berharap dia selamat serta bersyukur dengan sokongan daripada semua pihak termasuk orang kampung sudah dua hari membantu keluarga saya,” katanya.





      Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 7:38 AM   
«»
PENDUDUK kampung turut serta dalam operasi mencari di Kampung Lintah Piong, semalam.




http://www.hmetro.com.my/node/16516




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3778 Replies : 22
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9122 Replies : 178
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29416 Replies : 212
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188749 Replies : 4305
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048267 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list