CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2583|Reply: 10

[Jenayah] Aktiviti Cuti Sekolah Terkini:Tiga Remaja Umur 14 Pecah Masuk Kedai,Kereta

[Copy link]
Post time 12-12-2014 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Ampang: Tiga remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas memecah masuk kedai alat telekomunikasi di Taman Cahaya Ampang 2.45 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang ketika itu sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek sedang mengumpil pintu belakang kedai itu.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran polis remaja terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam premis itu.


"Polis kemudian mengejar dan berjaya menahan mereka di tingkat tiga bangunan terbabit.

"Pemeriksaan menjumpai peralatan pecah rumah di dalam beg galas," katanya.

Khairuldin berkata, suspek turut mengaku melakukan pecah kereta Honda City di Pandan Cahaya sebelum itu.

Ketiga-tiga remaja tersebut direman selama lima hari bermula hari ini.

      Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 12:06 PM   
«»
PERALATAN pecah kedai yang dirampas polis.




http://www.hmetro.com.my/node/15659






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 05:00 PM | Show all posts
bagus adik adik ini.. tak takut hantu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:04 PM | Show all posts
cuti sekolah buat partime.

ok lah tu, x menyusahkan mak bapak mintak duit belanja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:23 PM | Show all posts
Taman Cahaya Ampang...sah2 budak2 yang suka duk berkeliaran tu...mmg bagus pun kene cekup...Mak bapak jenis tak kisah kot anak2 duk berkeliaran malam2 buta.

Cik parking moto kat bawah tu siap boleh ilang skru..ilang karpet alas kaki...geram sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:47 PM | Show all posts
Banyak gaget kou dek aktiviti cuti sekolah betul korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 06:05 PM | Show all posts
terisi masa terluang ko dikk..
orang cuti2 keliling malaysia..
merasa la ko dik cuti2 lokap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2014 06:24 PM | Show all posts
ini newbie baru belajar merompak, alat merompak pun belum cukup ganas, planning merompak juga fail, skill xde,
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 08:14 AM | Show all posts
parents, what are you doing?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 12:46 PM | Show all posts
hihihihi mengasah skill tapi terkantoi jua...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 12:46 PM | Show all posts
anak sapa la ni

hancur
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 05:23 PM | Show all posts
parents x reti nak pantau anak2 duk umah.. biar jer anak2 kuar memlm... apa nak jd lah... buat anak pandai.. jaga x pandai.. tu pun ada yg kata anak nyer baik... x jahat.. walau dah kene cekup... hampeh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.861066 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list