View: 3259|Reply: 11
|
Bayi lahir dalam pesawat di AS
[Copy link]
|
|
AP - SEBUAH pesawat Penerbangan Southwest dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles selepas seorang wanita bersalin di dalam pesawat itu.
LOS ANGELES – Sebuah pesawat milik Penerbangan Southwest mendarat di sini dengan pertambahan seorang penumpang berban­ding apabila jet berkenaan berlepas.
Situasi itu berlaku apabila seorang penumpang melahirkan anak sejurus selepas Penerbangan 632 itu berlepas dari bandar raya San Francisco, menuju ke Phoenix di negeri Arizona kelmarin.
Namun, pesawat itu dilencongkan ke bandar raya ini berikutan kelahiran tersebut.
Jurucakap Southwest, Emily Samuels berkata, wanita berkenaan dibantu oleh kru pesawat dan seorang doktor serta jururawat yang kebetulan menaiki penerba­ngan itu.
Katanya, bayi itu dipercayai akan mendapat keistimewaan untuk menaiki Penerbangan Southwest secara percuma untuk seumur hidup.
“Ibu dan bayi baru lahir itu seterusnya dibawa ke sebuah hospital dan kini berada dalam keadaan baik,” kata jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles, Erik Scott.
Sebelum itu, beberapa penum­pang berkata, mereka mende­ngar hebahan di interkom me­minta bantuan jika terdapat doktor dalam pesawat itu.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi bayi menangis dan saya berkata kepada diri sendiri, tiada bayi dalam penerbangan ini,” kata seorang penum­pang, Kurt Reed.
Juruterbang kemudian membuat ucapan tahniah atas kelahiran bayi lelaki tersebut, ujar seorang penumpang lain, Aarti Shahani.
“Kami semua bertepuk tangan tetapi kami sebelumnya keliru kerana menyangka seseorang akan mati,” katanya. – AP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bby x sabo nk klua tgk mama dia .. |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, bayi itu dipercayai akan mendapat keistimewaan untuk menaiki Penerbangan Southwest secara percuma untuk seumur hidup.
Biasa airlines xbagi ibu sarat mengandung naik flight atas sebab diatas. Btuah nya baby ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dapat free seumur hidup naik flight Southwest tak? |
|
|
|
|
|
|
|
betul ker baby tu ada dapat keistimewaan ? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau yg terberanak kat Patrol Station Petronas
dapat minyak seumur hidup tak? |
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind posted on 15-12-2014 10:08 AM
kalau yg terberanak kat Patrol Station Petronas
dapat minyak seumur hidup tak?
kalau x dpt, tahun dpn try beranak kat shell plak
|
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar posted on 18-12-2014 04:21 PM
kalau x dpt, tahun dpn try beranak kat shell plak
bagus gak idea tu .. ekekekek
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya, now baby can fly for free |
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind posted on 15-12-2014 10:08 AM
kalau yg terberanak kat Patrol Station Petronas
dapat minyak seumur hidup tak?
Mungkin dapat keje pam attendance kat situ seumur hidup....
|
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar posted on 18-12-2014 04:21 PM
kalau x dpt, tahun dpn try beranak kat shell plak
Hahaha..lawak!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|