View: 13942|Reply: 10
|
Cara-cara menyapu atau membasuh kepala ketika wudhu'
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum. Ni 1st time sy post thread. Kalau dah ade mod tutup je ye.
saya ade persoalan pasal wudhu' sebab pernah terbaca kat fb. Ade org cakap biasanya perempuan yg berambut panjang mesti akan menyelitkan rambut panjang di bahagian depan ke belakang telinga. Oleh itu wudhu' tak sah sebab air tak sampai ke seluruh rambut bahagian depan. Betul ke? Dah tu kalau perempuan tu rambut panjang sampai kaki takkan nak basuh sampai kaki jugak?
sekian soalan saya.
Last edited by reenaz on 12-12-2014 10:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh bagi sumber fb tu dan rujukan mana dia ambik? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-12-2014 12:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mbhcsf posted on 11-12-2014 07:42 AM
Boleh bagi sumber fb tu dan rujukan mana dia ambik?
alamak..sy tak ingat la.. |
|
|
|
|
|
|
|
pada saya tak jadi masalah sah ke tak sebab kita faham yg salah satu anggota wuduk ialah basuh kepala .. tang pendapat yg beza ialah seluruh atau sebahagian - ni saya serahkan pada ulamak fiqah cara depa tafsir satu hadith tentang cara baginda wuduk.
saya tahu yg Hanafians basuh 1/4 kepala
habis yg botak kepala tak ada rambut camner ?
so rambut atau kepala?
yg saya tahu yg diajaq ( saya tak ada rujukan ya ) letakkan tangan yg berair di atas bahagian kepala selalunya depan ...
pasal rambut tu , kita tak ikut urat jurai rambut
saya buka persoalan ini untuk perbicangan:
beserta sumber
Mengusap Air Ke Seluruh Kepala
Menyapu (Mengusap) Air Ke Seluruh KepalaPendapat yang paling rajih cara menyapu air di kepala ialah menyapu sehingga ke seluruh bahagian kepala iaitu berdasarkan penjelasan Ibnu Qudamah rahimahullah bahawa (Lihat: al-Mughni (di bawah perbahasan wudhu’)):
“Terdapat sebahagian orang yang berpegang dengan pendapat bahawa: Menyapu kepala hanya sebahagian sudah memadai. Mereka berpendapat bahawa huruf (ب) dalam al-Qur’an (بِرُؤُوْسِكُمْ) bermakna sebahagian (التبعيض). Mereka menafsirkan ayat tersebut: Sapulah air pada sebahagian kepalamu. Walaubagaimanapun pendapat kami bahawa huruf (ب) bermakna: Seluruh kepala (الاِلصاق) sebagaimana firman Allah:
فَامْسَحُوْابِرُؤُوْسِكُمْ
“Dan sapulah kepalamu (bermaksud: keseluruhan kepalamu)”.Menurut Imam Asy-Syaukani rahimahullah:Berikut adalah penjelasan daripada hadis yang membuktikan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyapu (mengusap) seluruh kepala baginda ialah:“Dari Abdullah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyapu (mengusap) kepala baginda dengan kedua tangannya maka ditemukan kedua tangannya, digerakkan ke belakang. Dimulakan dari bahagian hadapan kepalanya kemudian terus menyapu dengan kedua tangannya sehingga ke tengkuknya, kemudian dikembalikan semula kedua tangannya kebahagian di mana baginda bermula”. (H/R al-Bukhari 1/251)8 – Mengusap (Menyapu) Air Pada Kedua TelingaSetelah menyapu air di kepala kemudian terus sahaja mengusap kedua telinga di bahagian luar dan dalam telinga dengan sisa air di tangan. (Lihat: Sifat Wudhu’ Nabi, m/s. 15, Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin). Menurut Syeikh al-Albani rahimahullah:Tiada ada keterangan di dalam as-Sunnah yang mewajibkan pengambilan air baru untuk menyapu telinga. Maka memadailah dengan sisa air yang digunakan untuk menyapu kepala, sebagaimana hukumnya harus menyapu air di kepala dengan sisa air dari membasuh tangan.“Dari Abdullah bin Amru radhiyallahu ‘anhu – pada mensifati wudhu’ Nabi – berkata: Kemudian baginda menyapukan air di kepala dan memasukkan kedua jari telunjuknya ke dalam telinga, lalu mengusap bahagian belakang kedua kuping telinga baginda dengan menggunakan kedua ibu jari baginda”. (H/R Abu Daud 135. Disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah)Menurut Imam Ahmad rahimahullah, Ibnu Musayyib, Atha’, Al-Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, Sa’ied bin Jubair, An-Nakhaie, At-Thauri dan Malik bahawa kedua telinga termasuk bahagian kepala maka hukum menyapunya sama dengan menyapu kepala. Kerana Rasulullah sallallahu ‘alahi wa-sallam bersabda:“Dari Ibnu Majah selain dari muka, dari Nabi salallahu ‘alaihi wa-sallam baginda bersabda: Kedua-dua telinga termasuk sebahagian dari kepala”. (H/R Abu Daud. no. 134. Lihat: As-Silsilah As-Sahihah, 1/36)9 – Sunnah Menyapu Serban Dan Ubun-Ubun (Jambul)Bagi yang memakai serban, maka memadai menyapu di atas serbannya tanpa ditanggalkan atau menyapu di atas ubun-ubun kemudian di atas serbannya, sebagaimana amalan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:“Dari ‘Amru bin Umaiyah berkata: Aku telah melihat Rasulullah Shallallahi ‘alaihi wa sallam menyapu air ke atas serban dan kedua sepatu baginda”. (H/R al-Bukhari, 1/266)Menurut Imam Ahmad rahimahullah, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengusap (menyapu dengan air) serban dan jambulnya, ini dilakukan sejalan (bersamaan) berdasarkan hadis Mughirah bin Syu’bah (Lihat: al-Mughni. 1/310) di bawah ini:
“Dari Mughirah bin Syubah, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berwudhu’ lalu menyapu ubun-ubun (jambul) dan atas serban serta dua sepatunya”. (H/R Muslim, 1/159)
(Menurut Lisanu al-Arab, kalimah (اَلنَّاصِيَةُ) ialah rambut yang tumbuh di atas dahi. Asal kalimahnya (اَلنُّصَّةُ) yang jamaknya (نُصَصٌ) bermakna jambul)
(Perhatian: Serban tidak sama dengan songkok, kupiah atau topi kerana semua ini wajib ditanggalkan. Tidak boleh menyapu air di atas songkok, kupiah atau topi.)
so saya buka untuk perbincangan
Last edited by mbhcsf on 12-12-2014 03:13 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi penerangan tentang basuhan kepala
Menyapu satu juzu’ dari kulit kepala atau menyapu sebahagian rambut kepala yang berada dalam had kepala walaupun seurat atau sebahagiannya.
(a) Tidak memadai menyapu di atas rambut yang disanggul sekiranya ditarik ia terkeluar dari hak kepala.
(b) Menyapu kepala adalah memadai dengan menyapu di mana-mana bahagian kepala walaupun bahagian itu merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika membasuh muka.
(c) Tidak disyaratkan menyapu kepala dengan menggunakan tangan, oleh itu memadai menyapunya dengan kayu atau seumpamanya.
(d) Membasuh kepala atau meletakkan tangannya yang basah di kepala walaupun tanpa menggerakkan tangannya adalah memadai.
sumber asal tidak dinyatakan dari kitab mana
http://sekmenagamamursyid.blogspot.co.uk/p/rukun-wuduk.html |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa saudari boleh edit tajuk - cara menyapu atau membasuh kepala ketika wudhuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 12-12-2014 03:14 AM
Saya rasa saudari boleh edit tajuk - cara menyapu atau membasuh kepala ketika wudhuk.
Baiklah mod. Tq
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab rambut bahagian antara kepala dan muka depan ni mmg confused sikit. Tapi TT nak tahu pasal bab kepala kan?
Dalam Mazhab syafie, cukup sekadar bahagian kepala yang dimaksudkan itu ialah kawasan 3 helai rambut tumbuh. Dan sekali sahaja.
Kalau bab muka, another matter.
Saya nak recommend, cari kat You tube, under Mursyid, UZAR ada upload perbandingan fiqh. Bab basuh kepala ni dah lepas so, dia punya siri mungkin yang ke 5 onwards kot. Sekarang masuk siri berbelas. Take note, apa yang diajar bagi mazhab syafie, jangan pi ambik cara mazhab lain pulak. Supaya, TT boleh stick pada satu Ustaz dalam masalah ni dan tak bergantung pada sumber fb ka, kawan2 ka, ustaz A, B, C, D dan sebagainya utk masalah wudhu. UZAR has covered segala bab berkaitan anggota wudhu.
Saya recommend, sebab saya mmg ikut kelas ni secara LIVE. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baulu posted on 12-12-2014 11:06 AM
Bab rambut bahagian antara kepala dan muka depan ni mmg confused sikit. Tapi TT nak tahu pasal bab k ...
Oh..ok2 will do..time kasih
memang takde la nak ikut semua kt social media tu thats why kena kaji dulu sahih ke tak. Kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
reenaz posted on 12-12-2014 10:50 AM
Baiklah mod. Tq
Ok........
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum..
Bab menyapu kepala mmg khilaf dikalangan ulama..
aku berpendapat semua kaedah yg dinyatakan imam2 kibar adalah betul..
sbb ayat dalam al-quran tu sendiri boleh ditafsir samada "sebahagian" ataupun "keseluruhan"..
cumanya, secara peribadi aku menyokong pendapat utk menyapu keseluruhan kepala lebih...
IMHO, pendapat/dalil menyapu keseluruhan kepala (dari depan sampai ke tengkuk dan kedua telinga) adalah lebih rajih..
cumanya biler disuruh menyapu keseluruhan..just sapu keseluruhan..
tak yah lar melampau sampai lencun...tak yah jadi mcm bani israil..jgn nak menyusahkan kepala otak..
perintah tu simple jea..
sami'na wa ata'na...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|