CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2127|Reply: 2

[Jenayah] Bapa disyaki bunuh anak OKU

[Copy link]
Post time 10-12-2014 10:29 AM | Show all posts |Read mode


Seorang bapa berusia 46 tahun ditahan polis selepas dipercayai membunuh anak sulungnya yang kurang upaya di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Terusan, Simpang Lima, Parit Buntar, awal pagi semalam.
   
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun itu mengalami empat kesan jerutan di bahagian leher dengan keadaan muka kebiruan dan pendarahan di kedua-dua mata putihnya.
   
"Tiada kesan kecederaan pada lain-lain bahagian badan mangsa. Hasil bedah siasat di Hospital Parit Buntar mendapati berlaku keretakan kepada rawan tirod dan sebab kematian adalah lemas akibat jerutan," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek yang merupakan pesara tentera itu telah mengejutkan mangsa yang sedang tidur di tingkat atas rumah mereka pada pukul 3 pagi dan membawanya turun.
   
Suspek kemudian naik semula ke tingkat atas rumah untuk mengejutkan semua anaknya yang sedang tidur dan meminta maaf, katanya.
   
Omar Bakhtiar berkata pada pukul 7 pagi, adik lelaki mangsa bangun tidur dan menuju ke bilik suspek di tingkat bawah.
   
"Adik lelaki itu mendapati mangsa sedang tidur di atas katil bersama bapa mereka. Dia juga telah ternampak leher mangsa berlilit dengan tali getah pengikat dan mendapati suspek juga tidak sedarkan diri," katanya.
   
Si adik terus membuka ikatan tali getah pada leher mangsa dan mendapati mangsa tidak bergerak sebelum mengejutkan semua anggota keluarganya untuk memaklumkan keadaan mangsa dan suspek, katanya.
   
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala suspek yang tidak sedarkan diri dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan.
   
Pada tengah hari tadi, suspek telah sedarkan diri dan ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.
   
Katanya keadaan bilik tidur suspek adalah kemas, tidak berselerak dan tiada kesan pergelutan di atas katil.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/283021
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 10:31 AM | Show all posts
dah ada tadi.

btw, gambar tuh semalam

mcm ada tengok kat fb blogger si Susan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 10:34 AM | Show all posts
Syd posted on 10-12-2014 10:31 AM
dah ada tadi.

btw, gambar tuh semalam

oh dah ada eh.. mod boleh katupp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.102920 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list