CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3483|Reply: 0

[Budaya] Lembaga adat naning sah ke? Tak silap ada artis suam2 kuku pakai anugerah naning

[Copy link]
Post time 9-12-2014 08:17 AM | Show all posts |Read mode
MELAKA 8 Dis. - Kerajaan negeri mahu bersemuka dengan Lembaga Adat Naning dan juga beberapa individu yang mendakwa sebagai Undang Luak Na-ning yang sah bagi menyelesaikan kemelut institusi adat itu yang telah menyebabkan ber-lakunya kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, kerajaan negeri melalui Institut Seni Malaysia Melaka (Isma) akan menganjurkan persidangan meja bulat dalam tempoh terdekat sebagai langkah permulaan mencari penyelesaian masalah itu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan menyentuh mengenai urusan adat atau pelantikan Undang Luak Naning tetapi menjurus kepada perkara yang perlu dipatuhi oleh kelompok masyarakat itu agar tidak mencetuskan kekeliruan kepada orang ramai khususnya mengenai upacara penganugerahan pingat, darjah dan bintang.

“Pertemuan ini perlu dilakukan secepat mungkin kerana ramai yang keliru terutamanya mengenai status penganugerahan sebarang bentuk pingat, darjah dan bintang yang membawa gelaran kerana istiadat ini tiada kena mengena dan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.

“Anugerah yang diiktiraf ha-nyalah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan mana-mana pihak lain di negeri ini tidak boleh melakukan istiadat yang serupa kerana tidak sah dan mengelirukan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Hasan berkata, kerajaan negeri menghormati Adat Perpatih Naning sebagai salah satu adat dan budaya yang diamalkan oleh sebilangan rakyat negeri ini dan ia juga me-nyumbang kepada kepelbagaian dan keunikan budaya di negeri ini.

Namun begitu katanya, pihak berkenaan dinasihatkan agar tidak melangkaui batas serta kuasa kerajaan negeri dan Yang Dipertua Negeri.
“Perlu diingatkan bahawa pengamal Adat Perpatih Naning ini adalah sebuah institusi dan komuniti adat, apa juga acara atau istiadat perlu berlaku dalam kelompok adat itu sahaja dan tidak sesekali boleh meli-batkan orang luar,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri tiada halangan sekiranya Lembaga Adat Naning mahu menganjurkan majlis penganugerahan pingat, bintang atau darjah kebesaran tetapi hanya boleh dilakukan dalam ka-langan mereka iaitu komuniti adat itu sendiri.

Tambahnya, gelaran seperti Datuk, Datuk Seri atau Datuk Paduka melalui penganugerahan lembaga adat itu hanya boleh diguna pakai dalam urusan adat itu dan ia tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.

Minggu lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menegaskan akan mengambil tindakan ke atas Lembaga Adat Naning kerana meng-anjurkan aktiviti yang mengelirukan sehingga boleh mencemarkan sistem adat dan keharmonian di negeri ini.

Katanya, tindakan juga akan dikenakan terhadap penghulu, sidang dan kakitangan kerajaan ne-geri ini yang didapati terbabit secara langsung dalam majlis serta upa-cara yang dianjurkan oleh Lembaga Adat Naning.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.bwSF98Mr.dpuf
Last edited by Cluster77 on 9-12-2014 01:38 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062529 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list