Seremban: Tiga maut manakala dua parah dan lapan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Kilometer 264 Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, lori dari arah utara ke selatan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan menyebabkan treler membawa muatan kayu dan bas gagal mengelak lalu bertembung. Jurucakap bomba berkata, sejurus menerima panggilan pada 3.04 petang, tiga jentera dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 serta Nilai segera ke lokasi. Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan dua lelaki iaitu pemandu bas dan lori serta seorang wanita yang juga penumpang bas maut di tempat kejadian manakala 10 lain cedera. Semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, untuk rawatan.9
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 5:57 PM
KEADAAN bas dan treler yang terbabit kemalangan. FOTO Iiqmal Haqim Rosman http://www.hmetro.com.my/node/14691
Last edited by GhostWalking on 8-12-2014 12:28 PM
|