CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1347|Reply: 2

[Tempatan] Penurunan harga minyak mentah dunia - Bajet Tidak Perlu Dipinda

[Copy link]
Post time 8-12-2014 06:03 PM | Show all posts |Read mode
PENURUNAN HARGA MINYAK MENTAH DUNIA: KERAJAAN TIDAK PERLU PINDA BAJET

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015, persidangan Dewan Negara
diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata penurunan hasil minyak akan diimbangi dengan pengurangan ketara subsidi minyak melalui pelaksanaan sistem apungan terkawal bagi harga runcit RON95 dan diesel mulai
1 Dis lepas.

"Secara relatifnya, penurunan harga minyak mentah dunia pada masa ini tidak akan memberi kesan yang ketara ke atas anggaran hasil 2014. Sehingga kini, purata harga minyak mentah Tapis dari Januari hingga 25 November adalah sebanyak
US$107 setong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Mohd Khalid Ahmad yang ingin tahu sama ada Kerajaan Persekutuan akan membuat pindaan kepada Bajet 2015 memandangkan harga minyak mentah piawai Brent kini jatuh ke paras US$82
setong.

Mohd Khalid juga ingin tahu mengenai peratus tahunan kebergantungan hasil Kerajaan Persekutuan kepada sumber minyak setiap tahun sejak 2010 sehingga kini dan purata tahunan harga minyak mentah piawai Brent sejak 2010. Jelas Chua, penyediaan anggaran hasil Kerajaan Persekutuan bukan berdasarkan unjuran purata harga minyak mentah piawai Brent, sebaliknya berdasarkan
unjuran purata harga minyak piawai Tapis.

Oleh itu, anggaran hasil Kerajaan Persekutuan disemak 2014, yang berjumlah RM225,094 juta adalah berdasarkan unjuran harga minyak piawai Tapis sebanyak US$110 setong, katanya.

Manakala, anggaran hasil Kerajaan Persekutuan pada 2015 adalah berdasarkan unjuran purata harga minyak piawai Tapis sebanyak US$105 setong. Mengenai peratus tahunan kebergantungan hasil Kerajaan Persekutuan kepada sumber minyak, Chua berkata hasil berkaitan petroleum menyumbang 35.4 peratus atau RM56.5 bilion daripada jumlah hasil keseluruhan pada 2010.

"Pada 2011, sebanyak 35.8 peratus atau RM66.4 bilion, pada 2012 sebanyak 33.7 peratus atau RM70.2 bilion dan pada 2013 menyumbang 31.2 peratus atau RM66.6 bilion," katanya. Chua berkata sumber hasil itu dijangka terus menurun pada 2014 dan dianggarkan menyumbang sebanyak 29.7 peratus atau RM66.9 bilion daripada jumlah keseluruhan.

Katanya trend tersebut menunjukkan kebergantungan kepada hasil berasaskan petroleum berkurangan.
Beliau juga memberitahu purata harga minyak mentah piawai Brent pada 2010 ialah US$79.73 setong, US$111.05 setong pada 2011, US$111.94 setong pada 2012 dan US$108.82 setong pada 2013. Manakala, purata harga bagi bulan Januari hingga Oktober ini ialah pada US$104.64 setong.
-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2014 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Purata Brent 2014 ytd to oct usd 104; purata tapis utk ytd nov usd 107. Katakanlah sbb kejatuhan minyak mendadak bulan November, maka purata tapis sehingga Oct mungkin usd 112. Kot ye pun tak perlu pinda unjuran usd 110 utk 2014, pekejadahnya unjuran 2015 at usd 105 tak perlu ejas?

Prudence and conservatism buang ke mana? Vudus
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 03:35 AM | Show all posts
baudget kito berkuat kuasa...pada bilo aaah....awal tahun ke...selopeh istihar budget....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.079931 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list