CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2315|Reply: 2

Taman Burung KL perlu perubahan

[Copy link]
Post time 8-12-2014 01:43 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Taman Burung Kuala Lumpur (KL) yang sebelum ini terkenal sebagai ikon pelancongan negara dengan koleksi ribuan variasi spesies burung kini semakim suram berikutan jumlah burung peliharaan  semakin berkurangan.
   
Taman burung yang terkenal sebagai 'Sangkar Terbang Bebas Terbesar di Dunia' yang pernah menempatkan lebih kurang 3,000 burung daripada 200 spesies termasuk 25 burung enggang pada 12 tahun lepas, kini hanya boleh dikira dengan jari.


   
Destinasi pelancongan yang terletak di kawasan Taman Tasik Perdana di sini kini bukan lagi tarikan pelancong tempatan mahupun asing, berikutan situasi seolah-olah tidak bermaya, sekali gus mengecewakan pelancong.
   
Pelancong tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli, 32, hampa apabila mendapati jumlah burung di taman tersebut tidak seperti yang diuar-uarkan dalam risalah.
   
"Taman burung ini akan lebih menarik jika pihak pengurusan menjaga dan menempatkan lebih banyak burung tempatan serta menambah variasi atau spesies burung," katanya ditemui di taman burung itu di sini, hari ini.





Ikon pelancongan negara yang seluas 8.36 hektar itu harus dibaiki secepat mungkin bagi mengembalikan kualiti serta menarik pelancong.
   
"Taman burung ini begitu besar dan bagus. Malangnya pelbagai jenis burung begitu sedikit dan terdapat beberapa tempat masih dalam penyelenggaraan," kata pelancong Iceland, Mardin Swin.
   
Sementara itu, petugas taman itu yang tidak mahu dikenali berkata, kebanyakan burung mati akibat sikap pelawat yang memberikan makanan yang tidak boleh dihadam oleh segelintir burung.
   
Selain bilangan spesies burung, harga tiket kemasukan bagi taman itu turut mengundang ketidakpuasan hati segelintir pelancong.
   
Muhammad Sharul, 35, yang merupakan seorang jurutera berkata, harga tiket masuk bagi warganegara tempatan harus dikurangkan bagi menambah bilangan pelancong dalam negara.

"Bukan hanya harga tiket, malah harga makanan dan minuman yang dijual di sekitar dan dalam taman burung itu juga sangat mahal sehingga sebotol air mineral dijual RM4," dakwanya.
   


Harga tiket masuk ditetapkan RM25 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak manakala RM48 bagi warganegara asing (dewasa) dan RM38 bagi kanak-kanak warganegara asing.
   
Tinjauan mendapati nasib yang sama turut menimpa Taman Rama-Rama KL di Taman Tasik Perdana, yang kurang menarik perhatian kerana bilangan pelancong agak sedikit walaupun pada hujung minggu apatah lagi musim cuti sekolah.


   
Anandhi Sivarajan, 28, berkata, taman rama-rama yang mempunyai lebih 5,000 rama-rama, tumbuhan eksotik dan paku-pakis kurang menarik kerana sangat sempit dan kurang selesa.
   
Anandhi, yang berasal dari Tamil Nadu, India, berpendapat harga tiket masuk ke taman itu juga tidak relevan.
   
Taman itu juga menempatkan sebuah muzium serangga dan sebuah kedai cendermata.
   
Bagaimanapun, reaksi pihak pengurusan kedua-dua taman tersebut gagal diperolehi. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2014 01:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2014 01:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052675 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list