CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2186|Reply: 10

[Tempatan] Guru cuba timbul isu perkauman bakal berdepan tindakan tegas

[Copy link]
Post time 3-12-2014 04:53 PM | Show all posts |Read mode

TAWAU - Jabatan Pendidikan Sabah tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana guru yang cuba menimbulkan isu perkauman, sentimen keagamaan dan kewilayahan di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Jame Alip berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada guru yang melakukan perbuatan itu untuk keadilan dan kebaikan semua pihak.

“Guru yang berada di negeri ini tidak kira wilayah, bangsa dan agama perlu berfikir serta bertindak secara lebih halus, teliti dan berhemah.

“Jangan timbulkan kontroversi, jangan cuba meruntuhkan dan meranapkan keharmonian kaum, bangsa, agama dan wilayah terutamanya di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Peringkat Daerah Tawau di sini, hari ini.

Beliau berkata, guru perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik dan boleh memainkan peranan untuk meredakan sebarang isu dan mengelakkan pertelingkahan.

Mengulas mengenai isu pemakaian simbol agama, Jame menegaskan bahawa pihak sekolah tidak pernah melarang sebarang bentuk simbol agama digunakan asalkan tidak bersifat menonjol sehingga menimbulkan isu lain.

“Pihak kami tidak pernah melarang pemakaian sebarang bentuk simbol agama. Namun ia perlulah sesuai dan tidak menimbulkan sebarang masalah,” katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 05:32 PM | Show all posts
baguslaaa..........
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 05:36 PM | Show all posts
Good
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 05:43 PM | Show all posts
Biarlah tegas dan jangan pilih bulu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 08:20 PM | Show all posts
Jangan double standart suadah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 08:25 PM | Show all posts
Dia nie siap cipta lagu sendiri, semua majlis yg ada dia kena nyanyi lagu tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2014 08:27 PM | Show all posts
Yg aku heran, dia kata pelajar tak dilarang pakai rantai salib, tapi kena mintak kebenaran. Maksudnya, kalau pakai tanpa kebenaran, adalah dilarang lah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 08:33 PM | Show all posts
bagus , ambik je tindakan kalau konteksnya betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 09:36 PM | Show all posts
Muntz posted on 3-12-2014 08:27 PM
Yg aku heran, dia kata pelajar tak dilarang pakai rantai salib, tapi kena mintak kebenaran. Maksudny ...

cam x biasa...cakap belit2...sama cam penukaran nama jln kat KL..mula2 kata sebab permintaan majlis Raja2..pastu konar baring kata ianya keputusan kementerian...dgn geng sendiri pun info x telus
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 01:17 AM | Show all posts
kecimpret posted on 3-12-2014 09:36 PM
cam x biasa...cakap belit2...sama cam penukaran nama jln kat KL..mula2 kata sebab permintaan majli ...

Org yg cakap belit nie, kena pukul dulu kalau kita jumpa dia dgn ular.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 05:48 AM | Show all posts
Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan dalam satu kenyataan lewat Isnin berkata sekolah itu tidak pernah mengharamkan sesiapa sahaja daripada memakai simbol-simbol agama di sekolah. Walau bagaimanapun, ibu bapa dikehendaki memaklumkan kepada sekolah dan mengisi beberapa borang untuk membolehkan pelajar memakai simbol agama termasuk salib ke sekolah.
Pengetua itu berkata ini bagi mengelakkan pelajar daripada menyalahgunakan keistimewaan dan untuk memastikan bahawa tiada pertikaian di dalam sekolah mengenai perkara itu.
Katanya, pelajar yang ingin memakai simbol agama ketika di sekolah hanya atas alasan agama kemudiannya akan dikeluarkan kad kelulusan.    Read more: http://www.kualalumpurpost.net/tiada-larangan-pakai-simbol-agama-di-sekolah/#ixzz3KsEEt5NF
tak pernah haram..tapi ibu bapa keno memaklumkan kat sekolah...keno isi borang....untuk dapek kad kelulusan....MasaqAllah....apoh dah jadi ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.542838 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list