CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 6

[Jenayah] Tiga Beranak DiSerang

[Copy link]
Post time 3-12-2014 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Tiga beranak diserang
NORAFIZA JAAFAR
3 Disember 2014               

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0[url=][/url]



  • Dari kiri: Sundran, Mary dan Jegantiban dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar.


[url=][/url][url=]
[/url]




        RAWANG - Sepasang suami isteri yang sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah bersama anaknya diserang 10  lelaki memakai penutup muka dan bersenjata tajam, awal pagi semalam.

         Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, anak pasangan terbabit M Jegantiban, 16, cedera di bahagian kepala, telinga kanan hampir putus, lebam di tangan dan kaki ketika mempertahankan diri.

         Sementara bapanya, S Sundran menerima enam jahitan di dahi dan luka di bahagian tangan manakala ibunya, A Mary lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul.

        Menurut Jegantiban, dia ke sekolah tempat ibu bapanya bekerja jam 10 malam untuk menghantar makanan. Ibunya tidak benarkan dia pulang selepas khuatir keselamatannya apabila terlihat sekumpulan lelaki berkumpul di tempat menunggu pelajar di luar sekolah.

         “Saya duduk  teman ibu sambil main komputer riba. Tiba-tiba sekumpulan lelaki bawa senjata buka pintu dan serang kami. Kami diseret beberapa meter diikat guna tali mesin rumput,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

         Katanya, penjenayah kemudian merampas telefon bimbit, komputer riba dan ‘ipad’ milik mereka sebelum menceroboh pejabat sekolah.

“Sekitar jam 3 pagi, ketika mereka ada di aras atas kami melarikan diri ikut pintu belakang," katanya.

         Kata Mary , insiden itu pertama kali berlaku sejak 13 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan.

         “Kejadian ini buat kami rasa takut nak kerja pada waktu malam.  Kawasan sekolah agak sunyi...jauh. Orang ramai tak sedar (kejadian),” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tiga-beranak-diserang-1.338676


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 11:03 AM | Show all posts
Bodoh gak mereka dah nampak  sekumpulan lelaki mencurigakan kat luar sekolah masih tak mau perhati  setiap masa & bersedia untuk panggil polis
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 11:08 AM | Show all posts
kunci la pagar sekolah dulu..sebelum membuat tidakan yang lain..

sesuai la orang selesa panggil 'jaga'

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis sila bt rondaan di tmpt kjadian pd waktu mlm. Jenayah di mana2. Hrpnya anti mary sekeluarga baik2 saja
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
byk gak bawak gadget pi kije ngn ipad n laptop segala..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 07:31 AM | Show all posts
keling dan jenayah berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2014 07:57 AM | Show all posts
takotnya mmg msia x selamat la...hr2 ade je kejadian buruk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.630326 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list