CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4075|Reply: 15

Sam Menanti Naskhah Mencabar

[Copy link]
Post time 2-12-2014 12:31 AM | Show all posts |Read mode


Bukan 'demand', sebaliknya aktor hebat Shaheizy Sam Abd Samad mengakui lebih selektif dengan projek drama dan filem yang ditawarkan kepadanya sejak kebelakangan ini.
Bagi pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 dan 2012, dia ingin memastikan setiap watak dilakonkan bukan saja untuk kepuasan diri, tetapi turut meninggalkan kesan mendalam pada penonton.
Antara filem menaikkan namanya di persada hiburan tanah air, Adnan Sempit, Kongsi, Songlap dan Mamat Cupcakes. Namun ramai yang perasan tidak banyak drama dan projek filem dilakonkannya sejak kebelakangan ini.
"Sebagai pelakon sepenuh masa, saya tidak mahu tamak merebut setiap tawaran yang datang, tetapi hasilnya mengecewakan. Terus terang saya menanti naskhah yang boleh mencabar lakonan, sekali gus memantapkan lagi prestasi sedia ada.
"Saya tidak mahu melakonkan karakter yang hampir sama saja kerana peminat pun akan bosan kerana tidak ada kelainan," katanya.
Damba kru terbaik
Kehebatan Sam turut terbukti apabila dia mengungguli trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem (menerusi filem Songlap) pada Anugerah Skrin 2012.
Namun kata Sam yang tetap merendah diri, masih banyak lagi ilmu lakonan ingin ditimbanya dalam mencapai misi menjadi aktor disegani ramai di negara ini.
"Saya percaya untuk menjadi pelakon yang berkaliber kita perlu bekerja dengan barisan tenaga produksi yang bagus. Selain skrip yang bagus, ia turut membabitkan hasil kerjasama dari barisan pelakon, pengarah dan tenaga produksi yang berkualiti.
"Misalnya, Red Films yang cukup dikenali dalam menghasilkan karya yang bagus seperti filem Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang dan terbaru Manisnya Cinta Di Cappadocia (MSDC) dan impian itu tercapai apabila saya dilamar untuk membintangi MSDC yang menjalani penggambaran di Istanbul, Turki," katanya.
Ketika ditemui, Sam beritahu dia baru saja selesai penggambaran filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar terbitan Astro Shaw. Dalam filem itu dia bergandingan dengan Zizan Raja Lawak dan Nora Danish.
Manakala filem lakonannya berjudul Kasutku Kusut arahan Pierre Andre akan ditayangkan di pawagam tanah air bermula 18 Disember ini. Barisan pelakon yang mewarnai filem terbitan MIG ini ialah pendatang baru Atikah Suhaimie, Along Eyzendy dan ramai lagi.
Lebih memberangsangkan, filem lakonannya MCDC arahan Bernard Chauly menampilkan gandingan mantapnya dengan aktres hebat Nur Fazura.
Filem terbitan bersama Global Station, Red Films dan Astro Shaw ini mula menjengah pawagam tanah air bermula 11 Disember ini.


http://www.hmetro.com.my/node/12722
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 12:42 AM | Show all posts
Sam tolonglah keluar dari MIG. Berlakon filem bodo2 mcm tu, jatuh standard okeh.


Tapi nak tgk Manisnya Cinta. Macam best jek
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah jadi selective sikit. Sam ni bakat besar tapi banyak berlakon filem sampah je. Lama-lama orang pun menyampah tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Watak dia dalam songlap tu best tapi adnan sempit rempit jugak aku ingat. Walaupun dia berlakon adnan tu menjadi (sebab berlakon komedi susah) but not good for a talented actor like him.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 08:54 AM | Show all posts
tolong la jgn blakon filem2 MIG...mengarut sgt
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 09:22 AM | Show all posts
gudlak buat sam yah yah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2014 09:27 AM | Show all posts
filem romantik komedi sesuai dgn sam...hope filem manisnya cinta x menghampakan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke naskhah mencabar kat MIG? Hehe BTW naskhah tu mmg eja mcmtu ke? OhmyBM!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 09:32 AM | Show all posts
ade filem SAM lakonan shahezi sam..yg psyco tu..ok la..mencabar gak..filem tu best..walaupun heroin nye lisa yg kayu kayan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 09:35 AM | Show all posts
ingat sam mana la
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:24 AM | Show all posts
dok dlm MIG.. mintak naskhah mencabar. Frasa yg tak relevan di situ.
Sila keluar dari syarikat yg menerbitkan filem merepek itu untuk bergerak lebih jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:24 AM | Show all posts
Aku dh bosan tgk sam ni...bkn sebab dia xbagus...diasgt berbakat...tp aku bosan dgn pelem2 bodo yg dilakonkannya...please la....tinggalkan mig tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:58 AM | Show all posts
aku rasa...citer2 dalam cerekarama lg berkualiti dari pilem2 MIG tuh..
ohh..teringat2 aku cite die jadi anak jahat baru balik oversea...ngan zulhuzaimy n poja ghaus
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 12:01 PM | Show all posts
sam masih lg dlm mig?
sila keluar dr company tu
sng cerita
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 05:51 PM | Show all posts
Berderet filem sam ngn mig, rezki jgn ditolak. Tp kalau nk kata selektif tu xdela kot. Xde satu pn character dlm filem dia yg betul2 impressed i utk tgk byk kali.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah minat dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.231536 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list