CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 0

[Tempatan] Keganasan rumah tangga menurun 11 peratus

[Copy link]
Post time 30-11-2014 10:48 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU - Kes keganasan rumah tangga di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 11 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Pembangunan Wanita, Che Azizah Che Rashid.
   
Katanya, berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), dari Januari sehingga September lalu, terdapat sebanyak 3,673 kes berbanding 4,123 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Namun begitu, katanya, pada tahun-tahun sebelumnya, statistik kes tersebut menunjukkan peningkatan bermula tahun 2010 sebanyak 3,173 kes dan diikuti 3,277 kes (2011) dan 3,488 kes (2012) dan 4,123 kes (2013).
   
"Antara faktor yang menyumbang kepada penurunan kes adalah kerana kempen kesedaran berterusan oleh kementerian dan kesedaran orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak polis," katanya ketika ditemui Bernama pada Program Perbincangan Meja Bulat bersama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO) Zon Timur di sini hari ini.
   
Kira-kira 200 NGO dari Terengganu, Kelantan dan Pahang menghadiri program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu dan turut dihadiri Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.
   
Che Azizah berkata, sebelum ini kesedaran orang ramai untuk tampil ke hadapan dan melaporkan kejadian kurang kerana beberapa faktor antaranya malu atau takut.
   
Katanya, rekod PDRM juga menunjukkan kes berkenaan meningkat setiap tahun di di sesetengah negeri.  
   
Sebagai contoh, katanya, di peringkat Zon Timur, di Kelantan sebanyak 473 kes dilaporkan sejak Januari hingga September lalu berbanding sebanyak 413 dalam tempoh sama tahun lalu.
   
Di Terengganu 177 (178) dan Pahang 175 (165).
   
Che Azizah berkata, kebanyakan punca atau motif kejadian kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan membabitkan kecurangan, selisih faham, masalah kewangan dan masalah anak-anak.
   
Katanya, KPWKM sentiasa mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kes keganasan rumah tangga dengan tujuan memberi perlindungan kepada mangsa.
   
Talian Nur 15999 disediakan untuk mangsa atau orang ramai membuat aduan. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.311847 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list