sumber
sumber
Menteri Hal Ehwal Politik, Hukum dan Keselamatan Indonesia, Tedjo Purdijatno mengatakan bahawa Indonesia memiliki asas hukum untuk menenggelamkan kapal asing haram.
Kapal yang bakal ditenggelamkan hanya kapal yang tidak mampu menunjukkan dokumen sahih dan melanggar peraturan yang ditetapkan Indonesia.
Beliau mengatakan akan menegakkan aturan hukum sehingga Indonesia tidak mudah dikendalikan oleh negara lain. “Jangan main main dengan aturan hukum kami. Negara kami jangan dikendalikan oleh negara lain. Kami ada hak mengatur negara sendiri.”
Bukan hanya Indonesia yang melakukan pembakaran kapal asing illegal, Australia pun pernah membakar kapal milik nelayan Indonesia.
Di Istana Bogor, Tedjo meminta Malaysia mengkaji kekurangan sebelum menuduh Indonesia terkait isu kapal nelayan. Kepada wartawan beliau bertanya, “kenapa kita tak boleh membakar kapal nelayan Malaysia sedangkan mereka pun sering tidak adil kepada warga kita yang ada di sana.”
Arahan Joko Widodo mengenai penenggalaman kapal asing dinilai oleh Tedjo merupakan tindakan yang tegas dan benar. Beliau justeru menyebut Malaysia lah yang angkuh pasal ramai warga Indonesia berulangkali kena hukum gantung di sana.
“Media Malaysia menuduh kita angkuh. Namun kenapa orang kita di hukum mati di sana. Siapa yang angkuh sebenarnya.”
p/s: kerajaan thailand tidak protes benda ini tapi memberi amaran nelayan thai untuk hati hati jangan sampai terlanggar sempadan
kerajaan china taipeh siap mai merayu agar rules ini dibatalkan kerana ramai nelayan dorang mencuri kat sini
menteri dorang tak ada yg sentap dan terbakar misai umpama malaysia
Last edited by rengginang on 30-11-2014 12:03 AM
|