View: 28218|Reply: 452
|
[Tempatan]
Majoriti Rakyat Malaysia tiada simpanan
[Copy link]
|
|
Majoriti rakyat Malaysia mungkin berada dalam kesulitan apabila berlaku kecemasan kerana mereka tidak mempunyai aset kewangan atau simpanan di bank dalam apa jua bentukpun, dedah Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013.
Lebih daripada separuh atau 53% daripada isi rumah di Malaysia tidak mempunyai aset kewangan, manakala satu dalam tiga rakyat Malaysia tidak mempunyai akaun, kata laporan yang ditauliahkan oleh Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) itu.
Isi rumah luar bandar adalah yang paling tinggi yang tidak mempunyai sebarang aset kewangan (63%), berbanding dengan 45% daripada isi rumah bandar, dan mengikut kumpulan etnik, Bumiputera dan Melayu mencatatkan angka tertinggi sebagai mereka yang tidak mempunyai aset tersebut.
"Antara kumpulan etnik, kira-kira 57% daripada Bumiputera bukan Melayu dan 55% orang Melayu tidak mempunyai aset kewangan, dengan angka bagi orang Cina dan India pada 45% dan 44% masing-masing," kata laporan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur itu semalam.
"Dalam erti kata lain, kira-kira satu daripada dua orang Melayu, Bumiputera bukan Melayu, Cina dan India tidak mempunyai aset kewangan yang boleh dicairkan segera, menjadikan mereka terdedah sekiranya kehilangan pendapatan atau pekerjaan secara kejutan,” katanya.
Satu dalam tiga rakyat Malaysia juga tidak mempunyai perbankan atau akaun kewangan, manakala di kalangan kumpulan bawah 40%, angka itu lebih tinggi, pada 50%, kata laporan itu.
"Dalam erti kata lain, satu daripada dua rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah tidak mempunyai apa-apa akaun kewangan. Akses kepada kredit formal (atau kekurangan daripadanya) juga boleh menjadi sebab bagi ketiadaan aset kewangan, "katanya.
Laporan itu menyatakan walaupun secara relatifnya Malaysia mencatatkan kadar tabungan negara kasar yang agak tinggi, sebahagian besar daripada tabungan itu datangnya daripada sektor korporat.
Memetik angka Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS), laporan itu juga menyatakan hampir 90% dan 86% daripada isi rumah luar bandar dan bandar, masing-masing, tidak mempunyai simpanan, manakala majoriti isi rumah pada 88% tidak mempunyai sebarang pendapatan daripada simpanan mereka.
Sementara itu, 57% daripada isi rumah di Malaysia dilaporkan mempunyai pendapatan sifar daripada pelaburan, dengan angka bagi isi rumah di bandar dan 50% isi rumah luar bandar pada 66%, menurut perangkaan yang diambil daripada pendapatan dividen yang diperolehi.
Laporan itu tidak mengambil kira simpanan yang dipaksa, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kerana mereka tidak ada akses kepada simpanan itu sekiranya berlaku kejutan kepada pendapatan atau pekerjaan.
Tetapi pecahan data daripada simpanan KWSP pada 2013 menunjukkan maklumat sama yang membimbangkan: 90% rakyat Malaysia menghampiri umur persaraan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengekalkan gaya hidup asas untuk lebih daripada lima tahun.
"Data daripada KWSP menunjukkan pada akhir 2013, kira-kira satu perlima daripada rakyat Malaysia yang menghampiri umur persaraan (yang berumur di antara 51-55 antara) mempunyai kurang daripada RM20,000 dalam simpanan, manakala hampir 70% daripada mereka yang berada di umur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.
"Dalam erti kata lain, dengan menganggap perbelanjaan bulanan sebanyak RM900 sebulan, simpanan yang boleh mengekalkan gaya hidup asas mereka untuk 1.8 tahun, manakala bagi yang kedua, angka itu berdiri pada 4.6 tahun."
Walaupun simpanan membimbangkan, jumlah aset kewangan yang rendah atau simpanan KWSP juga mengejutkan, kata laporan itu.
Ia juga menjelaskan simpanan KWSP yang rendah adalah disebabkan hakikat majoriti rakyat Malaysia memperolehi pendapatan upah yang rendah.
"engagihan gaji bulanan kepada KWSP menunjukkan pada 2013, satu pertiga atau 2.1 juta ahli aktif mempunyai pendapatan yang kurang daripada RM1,000, lebih tiga perempat (76.8%) berpendapatan kurang RM3,000, dan kira-kira 90% berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.
"Seperti yang dijangka, ketidaksamaan dalam simpanan wajib agak melampau, di mana bahagian atas 1.7% daripada penyimpan KWSP mempunyai lebih banyak penjimatan daripada simpanan keseluruhan bawah 57% yang digabungkan," menurut laporan itu.
Penulis berkata kekurangan aset kewangan, terutamanya bagi kumpulan 40% itu, sangat terhad keupayaan mereka untuk meminjam, melabur, menyimpan dan meningkatkan peluang ekonomi mereka.
Laporan itu ditulis Tan Sri Datuk Dr Kamal Salih, Profesor Adjung Kajian Ekonomi dan Pembangunan di Universiti Malaya (UM); Dr Lee Hwok Aun, dari Jabatan Pengajian Pembangunan UM dan Dr Muhammad Khalid daripada Insitut Penyelidikan Khazanah.
Laporan itu diterbitkan untuk Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), dan ditaja oleh UNDP dan Unit Perancang Ekonomi yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
patutlah rakyat malaysia cemburu dengan sikap suka menabung nenek rosmah..rakyat malaysia xsuka menyimpan rupanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib bapa hapus subsidi:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Perangkaan terbitan lobang cenonot sendiri sajaa
-edit-
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan lebih 90 peratus rakyat Malaysia mempunyai pelbagai akaun simpanan di institusi perbankan dan institusi kewangan bukan bank (IKBB) seperti Lembaga Tabung Haji, Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) dan koperasi.Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ini menunjukkan sebahagian besar penduduk di negara ini mempunyai akaun simpanan, namun bukan membabitkan simpanan di bank semata-mata.Katanya, berdasarkan data BNM, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai simpanan masing-masing tetapi bergantung kepada bentuk simpanan yang dilaksanakan.“Kita dapati penduduk di negara ini mempunyai simpanan dalam bentuk pelaburan jangka panjang termasuk dalam akaun IKBB.“Ada individu misalnya membuat simpanan untuk mengerjakan haji, persaraan atau pendidikan tetapi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat, mereka terpaksa mengeluarkannya bagi menampung perbelanjaan,” katanya dalam sesi dialog selepas Bengkel Media BNM 2014: Prospek Ekonomi Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas tentang laporan sebuah portal berdasarkan data Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah yang menunjukkan hampir 90 peratus dan 86 peratus isi rumah di luar bandar dan bandar tidak mempunyai simpanan langsung manakala 88 peratus tidak memperoleh pendapatan daripada simpanan tersebut.Hasil kaji selidik itu juga menunjukkan 57 peratus isi rumah di Malaysia tidak memperoleh pendapatan daripada pelaburan yang dibuat berdasarkan kepada pendapatan dividen.Laporan berkenaan diterbitkan untuk Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) yang mendapat penajaan UNDP dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.Beliau berkata, laporan tersebut adalah tidak mencerminkan keseluruhan perspektif populasi dan mengambil data berdasarkan akaun simpanan di bank sahaja.Jelas Zeti, bagaimanapun ini tidak bermakna kerajaan tidak membantu rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah.“Namun, ini adalah satu tempoh yang menuntut kita untuk mengubah cara hidup dan berbelanja mengikut kemampuan,” ujarnya.- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ ... thash.PuvHtsdt.dpuf
Last edited by BotakChinPeng on 28-11-2014 06:12 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendapatan tidak dapat menampung perbelanjaan sara hidup yang tinggi..... |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 26-11-2014 11:23 AM
Najib bapa hapus subsidi:lol
bapa paling berjasa di malaysia..
|
|
|
|
|
|
|
|
godaan byk skrg..duit kejap je lesap..fuhhhh rasa kepit nk tahan berak je nak simpan duit.. lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni pun pernah keluar statistik yg menunjukkan rakyat m'sia mempunyai hutang isi rumah tertinggi di asia..nisbah harga rumah dan kereta tak setimpal dgn gaji
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang cerdik semakin kaya. Orang bodoh semakin miskin. Orang cerdik hari hari fikir macamana nak tambah kekayaan. Orang bodoh hari hari fikir macamana nak jadi kaya. Orang kaya menggunakan wang dengan berhemah. Orang miskin ada duit cukup makan terus fikir nak beli myv.
Orang bodoh jadi miskin sebab mereka tak tau nak uruskan ke ewangan mereka.
Kekekekeke.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah masih boleh menyimpan walau dlm jumlah yg sedikit...
tak apalah..sedikit2 lama2 bykla tu dari tak start langsung menyimpan |
|
|
|
|
|
|
|
pemikiran orang melayu sendiri, kalau menyimpan, membajetkan had perbelanjaan, ade la nti mulut2 yg dok perli bagai ape sume... |
|
|
|
|
|
|
|
duit mcm air. laju je mengalir. x blh ditahan lg dah |
|
|
|
|
|
|
|
tp kebanyakan bumiputera mmg mcm ni, hutang keliling pinggang, simpanan jgn harap la nak ada |
|
|
|
|
|
|
|
Mana nak ada simpanannya, gaji pertama pegi enjoy...joli sana sini, gaji kedua beli kereta, pastu shopping mcm org kaya....bila sengkek mintak mak pak, adek beradek....bila nak menyimpannya |
|
|
|
|
|
|
|
live below your means
kalau dpt gaji 1200 dan mampu makan nasi sehari 2 kali, malan sehari sekali aja
simpanan mestilah 3/4 dari gaji setiap bulan
tv led, henpon canggih dan semua crap tu tak berguna punyg penting aset dan simpanan, pelaburan mesti bnyak
bila belanjakan wang, mesti pikir adakah ia akan dtg semula lebih bnyak
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai kawan aku ada menyimpan tapi bila dah banyak mula la gatal tangan...telepon baru la, upgrade kete la, pegi melancong la.Serupa tak payah menyimpan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah suchi sunni syumul shafie wal jamaah suka berhabis duit dgn tudung pareeda, baju warna wani, superbike dan juga smartphone....juga makan fastfood tiap2 haru untuk upload di IG supaya nampak hidup mewah..tup2 simpanan kosong..insuran xda.
Selayaknya lah. |
|
|
|
|
|
|
|
tungkai posted on 26-11-2014 12:02 PM
Ramai kawan aku ada menyimpan tapi bila dah banyak mula la gatal tangan...telepon baru la, upgrade k ...
tu lah terdesak yang dimaksudkan..nak melancong..nak upgrade kereta..nak beli smart phone baru..
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn berporum la, porum sebulan sekali je.
jimat letrik + masa + air(sbb smbil minum pi berforum) = duit pun jimat
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai kawan yg aku dah nasihat duit gaji tu peruntukkan sikit untuk tabungan asb... kalau simpan 350 sebulan, dalam tempoh 20 tahun insyaAllah bila simpanan duit asb 200k takyah keje boleh makan duit dividen tiap2 bulan 1500... better jgn buat loan asb terutama yg takdak disiplin...
http://myrakan.com/misc/asb.php |
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 26-11-2014 12:09 PM
jgn berporum la, porum sebulan sekali je.
jimat letrik + masa + air(sbb smbil minum pi berforum) = ...
berforum dekat tempat kerja jer..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|