CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7533|Reply: 5

kereta klon semakin berleluasa

[Copy link]
Post time 19-11-2014 10:36 AM | Show all posts |Read mode
ramai tgk dah kot viral kat fb.. pasal beberapa kereta klon yg kantoi.. kereta kembo kaedahnya...

baru ni adik aku pun terkena.. cl7 accord euro.. ada orang spot kete dia kat kl.. skali budak group euro post kete plat sama spot kat johor.. kaler dia kaler asal kete adik aku...

last berita, kete kembo tu dah kena sita kat jpj kijal...

pastu tak lama kuar plak viral pasal woksegan dangan euro jugak kantoi...

banyak nau kes camni.. JPJ kah yg bersalah? camne depa ni leh lepas hah? camne depa renew2 roadtax sebagainya? haihhhh


antara berita

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu telah menyita 22 kereta klon dengan nilai pasaran dianggarkan sebanyak RM2.5 juta.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri (JPJ), Abdul Rahman Emang Anyie berkata, jenayah klon kereta kini dikesan menjadi fenomena baharu dalam kalangan pemilik kenderaan malah ia dijual dengan harga murah bagi menarik lebih ramai pembeli.

“Sehingga Oktober lalu, sebanyak 22 buah kenderaan yang memiliki nombor casis dan nombor pendaftaran palsu disyaki klon telah disita pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, 22 kenderaan itu melibatkan tiga buah mini cooper, dua buah Honda Jazz, tiga buah Honda Accord, tiga buah Honda Civic, empat buah Sebaru Impreza, sebuah Honda Odessey, sebuah Pajero dan sebuah motosikal berkuasa tinggi.

“Kebanyakan modus operandi penjenayah menggunakan geran palsu, membina, mengubahsuai kenderaan sama ada dari dalam atau luar negara untuk dijual dengan harga murah berbanding pasaran.

“Kenderaan itu pula dibina, diubahsuai, dan digunakan sama ada kenderaan dalam atau luar negara dengan butir-butir pengenalan kenderaan seperti nombor casis, nombor pendaftaran dan nombor enjin bukan milik kenderaan itu,” katanya selepas Perhimpunan Setia & Majlis Persaraan & Pertukaran Kakitangan JPJ Negeri Terengganu.

Beliau berkata, daripada 22 kenderaan  disita itu, empat daripadanya diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan lanjut.

Mengulas mengenai taktik digunakan bagi membina kenderaan palsu beliau berkata, kenderaan yang tidak digunakan akan dilupuskan, bagaimanapun geran kenderaan itu akan digunakan untuk membina kenderaan baharu.

Katanya, nombor pendaftaran kenderaan yang dilupuskan itu akan dipamerkan pada kenderaan lain yang telah tamat tempoh penggunaannya, manakala lesen kenderaan motor (LKM) atau cukai jalan akan dipalsukan menyerupai cukai jalan yang dikeluarkan JPJ.

“Apabila maklumat di dalam sistem JPJ berbeza dengan maklumat yang terdapat pada kenderaan itu, kita akan menyita kenderaan itu dibawah Seksyen 64 (1) dan seterusnya mengeluarkan saman di bawah seksyen 108 (3) (e) dan 108 (3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi setiap satu pertuduhan,” katanya.

Katanya, sekiranya semakan nombor casis kenderaan itu tidak wujud dalam sistem JPJ, pemilik kenderaan akan disaman dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 serta kenderaan klon itu akan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Justeru, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar pengguna tidak mudah tertipu dengan penjual kereta klon dan perlu merujuk kepada pihak berkuasa untuk langkah keselamatan.

“Kita harap orang ramai berhati-hati dan tidak terjerat dengan penipuan untuk memiliki kereta mewah, sebaliknya membuat pemeriksaan dan rujukan dengan pihak berkuasa,” katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 11:16 AM | Show all posts
makna nye tu kereta assemble je la..kereta potong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 11:53 AM | Show all posts
duniaku85 posted on 19-11-2014 11:16 AM
makna nye tu kereta assemble je la..kereta potong ke?

Bukan kereta potong..

Contoh kereta scrap dari Singapore.. kereta tu patut dilupuskan di Singapore tapi dibawa masuk ke Msia dan dijual dengan harga murah..

Dulu kat tempat keje lama ada staff buat side income.. jual kete Singapore.. bmw e92 bole dapat rm15k je.. tapi tak masuk proses klon kan geran dan cukai jalan.. boleh jadi kena tambah extra up to rm20k
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 11:55 AM | Show all posts
Nocturna posted on 19-11-2014 11:53 AM
Bukan kereta potong..

Contoh kereta scrap dari Singapore.. kereta tu patut dilupuskan di Singap ...

oo macam tu ke..
cane la boleh lepas.......
sian owner kena tanggung saman nt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 02:48 PM | Show all posts
kes adik aku nasib baik geng euro perasan.. budak tu up kat group fb.. terkejut lah.. cari punya cari budak tu ada kat ganu.. kejar sampai sana.. last sita kat jpj kijal.

bukan soal saman jer. kalau owner baik tahan cerita lagi. kena jenis menyamun guna plat tu.. haru..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 06:21 PM | Show all posts
Jangan mudah terpedaya dengan sindikit kereta murah begitu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.504083 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list