CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1938|Reply: 3

[Tempatan] Kutipan zakat 2013 cecah RM2.2 bilion

[Copy link]
Post time 18-11-2014 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Jamil Khir Baharom  
        KUALA LUMPUR - Kutipan keseluruhan zakat bagi 2013 mencecah RM2.2 bilion, meningkat daripada tahun sebelumnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

        Bagaimanapun, katanya, jumlah itu masih sedikit berbanding nisbah pembayar yang layak dan ia tidak mencukupi bagi menampung jumlah penerima zakat yang juga meningkat.

        "Walaupun jumlahnya nampak agak besar, jumlah penerima lagi besar daripada peruntukan sedia ada.

        "Lebih-lebih lagi jumlah penerima asnaf di bawah kategori fakir dan miskin, belum dicampur lagi kategori fisabilillah (termasuk mereka yang mengajar agama seperti imam) dan mualaf," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) 2014 di sini hari ini.

        Beliau berkata, berdasarkan data yang dijumlahkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) pada 2012, kutipan zakat kesemua 14 negeri ialah sebanyak RM1.9 bilion.

        Justeru, Jamil Khir berkata, Majlis Agama Islam Negeri perlu melaksanakan pendekatan inovatif serta memainkan peranan lebih proaktif untuk menyemarakkan lagi pengurusan zakat.

        "Tidak boleh tunggu semata-mata, kena pergi jumpa, bertemu dan minta mereka yang berkenaan memberi perhatian tentang pembayaran zakat," katanya.

        Terdahulu ketika berucap, Jamil Khir berkata, bank data penerima zakat setiap negeri juga perlu sentiasa dikemas kini agar pengurusan zakat lebih mudah dijalankan.

        Pada majlis berkenaan, Jamil Khir turut menyampaikan Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan 2014 kepada lima penerima bagi setiap kategori.

        Pemenang Kategori Akademik ialah Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Hasanulddin Mohd; pemilik Restoran Nasi Ayam Hainan BP, Mohd Sharif Foo Abdullah (Usahawan); pemilik syarikat Azmi Rehabilitation Tools, Azmi Zain (Usahawan Khas); Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (Syarikat Sdn Bhd) dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Inovasi Zakat Terbaik).

        Program tahunan yang kali ini bertemakan "Transformasi Baitulmal: Zakat Diperkasa Ummah Sejahtera" itu, antara lain bertujuan menyebar luas informasi berkaitan amalan berzakat dan mengenal pasti potensi serta cabaran semasa bagi pentadbiran zakat negara. - Bernama




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 09:39 AM | Show all posts
kalau diorang percaya Alloh tu nmpak segla perbuatan dan akhirt itu pasti....pejabat zakat ni tak perlu kot nak birokrat bagai dlm pengagihan wang zakat ni...2 bilion lebih kalau diberi 500 sebulan seorang, x kan habisnya...

nak pulak duit zkat dikutip tetiap tahun....

ce kata kalau 50% tu yg benar layak, 50% tu menipu ...at least duit tu x berkepuk di akaun bank....ekonomi pun berkembang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:53 AM | Show all posts
"Walaupun jumlahnya nampak agak besar, jumlah penerima lagi besar daripada peruntukan sedia ada.

"Lebih-lebih lagi jumlah penerima asnaf di bawah kategori fakir dan miskin, belum dicampur lagi kategori fisabilillah (termasuk mereka yang mengajar agama seperti imam) dan mualaf," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) 2014 di sini hari ini.

harap niat murni ini benar...& golongan yg layak dpt bantuan sewajarnya..

pihak zakat - tolong lah turun padang...masuk kampung..masuk bandar...
jgn dudukkat ofis jer...

dan di tahun 2015 nanti -kita xnak tgk lagi -
org2 susah dlm BERSAMAMU...golongan GELANDANGAN bersepahan...org2 Muslim/Mualaf merempat mintak bantuan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:59 AM | Show all posts
apa dibuat dengan duit sebanyak tuh yer...cer tunjuk laporan audit bleh gak pembayar zakat ni tau duit salur kat mana kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.084771 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list