CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 8

[Tempatan] Laporan Audit Negara Diragui - Kerajaan menafikan

[Copy link]
Post time 12-11-2014 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Diserang media, pegawai kanan kerajaan bergelut jawab ketirisan dalam laporan audit



Perjumpaan dengan media berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 hari ini menyaksikan beberapa pegawai kanan kerajaan bersusah payah menyediakan jawapan konkrit mengenai pengurusan kewangan tidak konsisten yang dibangkitkan dalam siri ketiga laporan itu.
Beberapa wartawan tertawa kerana keliru apabila Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat menjelaskan ia didorong oleh “kasih” bagi melangkaui pangkalan data kebangsaan rasmi untuk memilih peserta program membasmi kemiskinan 1Azam yang bernilai RM1.3 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada Isnin, mendapati kegagalan program itu memilih peserta menerusi pangkalan data e-Kasih menyebabkan tiada penyertaan daripada golongan miskin dan miskin tegar.
“Kita mengaku ada peserta yang menyertai program itu menerusi sistem e-Kasih,” kata ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Sabariah Hassan.

“Tetapi pada masa sama, menerui program itu kami 'kasihkan' mereka. Dalam kementerian ini, ada 55 pembantu datang daripada golongan miskin tegar jadi kami pilih mereka sendiri dan ‘kasihkan’ mereka dalam program ini,” katanya.

Jawapan Sabariah menyebabkan seorang wartawan secara spontan bertanya jika peserta tidak cukup “dikasihi” oleh kementerian, memandangkan kurang daripada separuh yang mampu menambah RM300 kepada pendapatan isi rumah bulanan mereka.
“Kita beri mereka latihan, bantuan dalam bentuk bahan, sokongan tetapi mereka perlu usaha sendiri. Jika mereka tidak berusaha, mereka tidak akan capai apa-apa kejayaan,” kata Sabariah.

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan hanya 49.82% daripada 265 peserta yang ditemubual berkata mereka mampu meningkatkan pendapatan isi rumah, sekurang-kurangnya RM300, seperti disasarkan kementerian.

Program itu dilaksanakan secara kerjasama Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Pertanian Sabah dan Industri Makanan; dan Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Datuk Mohd Arif Ab Rahman berkata “tidak ada apa yang kami boleh buat” mengenai peserta yang gagal mengambil kesempatan terhadap bantuan diberikan kerajaan.

“Kami beri mereka ayam untuk dibela tetapi mereka jual dan duitnya habis. Bila kami buat pemeriksaan, hanya tinggal reban ayam, tidak ada apa yang kami boleh buat,” katanya.

Arif juga enggan menjawab soalan media mengenai skandal National Feedlot Corporation (NFCorp), dengan berkata beliau percaya kes itu sudah ditutup. “Saya rasa kes NFC sudah ditutup. Kita sudah pulangkan semua tanah NFC kepada kerajaan negeri. Saya fikir soalan itu tidak relevan dengan sesi ini,” katanya.

Sehingga September tahun ini, NFCorp membayar hanya RM34.98 juta daripada pinjaman RM250 juta untuk projek menternak lembu. Pembayaran semula untuk tahun ini belum bermula, menyebabkan Putrajaya mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Khalid Shariff memberitahu media, kakitangannya belum boleh membuat tindakan mengenai 121,664 saman trafik yang dikeluarkan kepada kenderaan asing yang masih belum diselesaikan, seperti dilaporkan dalam laporan itu.

Katanya, mereka hanya boleh menunggu hingga Pengenalan Nombor Pendaftaran Automatik bernilai RM30 juta dapat dilaksanakan tetapi beliau tidak mendedahkan bila ia akan dilaksanakan.
Laporan Ketua Audit Negara mendapati saman trafik bernilai RM7.63 juta masih belum dibayar, dan warga Singapura berada di tempat teratas dengan 84,604 saman, diikuti Brunei (25,803).

Ketika ditanya bertalu-talu mengenai pencen bernilai hampir RM12 juta dibayar kepada pesara tentera yang sudah meninggal dunia, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad berikrar kakitangannya “akan memperbaiki”.
Janji itu diulangi pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ketika ketirisan dalam kementerian masing-masing dibangkitkan dalam dewan di Angkasapuri itu.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa menggesa media supaya memberi penekanan kepada laporan yang “positif” dalam laporan itu berbanding hanya fokus kepada jutaan dana rakyat yang hilang setiap tahun.
Katanya, jumlah kesilapan kakitangan awam “sangat kecil”.

“Kita adalah satu-satunya negara yang membentangkan Laporan Ketua Audit Negara dan kemudian mengadakan mesyuarat dewan bandaran (townhall). Kita sangat terbuka,” kata Ali. – 12 November, 2014.
Last edited by hanie_z on 12-11-2014 05:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
iols lebih trtarik dgn company mana dpt tender cetak LAN..cz tiap2 tahun kuar laporan ketirisan yg sama tp NATO..no action talk only
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 07:30 AM | Show all posts
“Kami beri mereka ayam untuk dibela tetapi mereka jual dan duitnya habis. Bila kami buat pemeriksaan, hanya tinggal reban ayam, tidak ada apa yang kami boleh buat,” katanya.

Datuk Sabariah Hassan...kata tu memang betul...sobab..macang pojek pojek lain...NFL
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 07:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 07:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 07:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2014 07:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 08:01 AM | Show all posts
kat sini lepas laa...kat sana...ko tanggung ler nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 08:15 AM | Show all posts
rapuzi bapuk
dah mula alih tumpuan kat 1MDB pulak

modal lynas dah GAGAL

isu GST pun dah tak jalan

tu je la cara keparat2 dalam
PR menarik perhatian macai

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.144040 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list