Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia melancarkan Mitsubishi ASX Designer Edition pada Khamis lalu.
Merupakan kolaborasi unik antara MMM dengan pereka fesyen Malaysia, Rizalman Ibrahim, sebanyak 180 unit terhad ASX Designer Edition akan dijual buat mereka yang mencari kenderaan dengan nilai eksklusif dan menonjolkan keyakinan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda, “Sejak dilancarkan pada bulan Februari lalu, ASX menjadi pilihan ramai pemandu di Malaysia. Namun kami mahu menawarkan sesuatu yang unik untuk pelanggan. Oleh sebab itu kami membuat keputusan untuk bekerjasama dengan pereka fesyen Malaysia, Rizalman Ibrahim bagi menghasilkan ASX edisi terhad dengan nilai estetika dan sentuhan peribadi.”
Hanya ditawarkan dalam varian 4WD dengan warna Titanium Grey, model terhad keluaran Mitsubishi ini dilengkapi rim aloi kemasan matte bersaiz 17 inci bagi menaikkan lagi sisi agresif,. Manakala untuk tampak lebih sporty, ASX ini diberi kemasan garisan berwarna matte grey dari bonet hadapan hingga ke pintu belakang (kargo).
Bagi ruang dalam pula diberi pengubahsuaian melalui penggunaan material kulit kombinasi warna kelabu dan dan kuning untuk tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan serta pada tombol gear.
Antara ciri standard untuk model terhad ini adalah bumbung panorama dengan pencahayaan LED, kunci pintar Start/Stop dan ASX Designer Edition ini boleh dimiliki dengan harga RM131,801.50 (harga jalan tanpa insurans).
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mitsubishi-motors.com.my atau unjungi bilik pameran Mitsubishi diseluruh Malaysia.