View: 6013|Reply: 5
|
Rahsia kejayaan Ac Mizal
[Copy link]
|
|
- Ac Mizal
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
SESUAI dengan jolokan 'Mr. Worldwide' yang diberikan kepadanya, penghibur versatil ini ternyata memiliki kelasnya yang tersendiri.
Bagi memastikan tugasannya dapat disempurnakan dengan baik, Datuk Ac Mizal mengakui dirinya seorang yang sangat teliti terhadap semua aspek.
Bagaimanapun, Ac menafikan dirinya sentiasa mahukan layanan yang bertaraf VVIP atau kelas A seperti didakwa beberapa pihak.
“Saya tidak seperti itu cuma bila saya buat sesuatu tugasan, saya akan serius dan pastikan terlibat dalam semua aspek. Contohnya, kalau saya diberi tugasan sebagai pengacara, saya mahu terlibat sama dengan kandungan setiap program supaya semuanya dapat berjalan dengan baik.
“Saya tidak pernah meminta layanan yang istimewa seperti yang dikatakan. Sebelum ini saya pernah susah mendapatkan tawaran mengacara, jadi bila sudah ada peluang, saya mahu kendalikannya sebaik mungkin,” katanya.
Bagaimanapun pengacara Maharaja Lawak ini tidak menolak kemungkinan sikap tegasnya dalam bekerja membuatkan beberapa pihak tidak selesa dengannya sehingga timbul cerita kurang enak ini.
“Saya bukan penghibur semata-mata, saya juga seorang usahawan jadi mungkin pemikiran saya berbeza daripada pihak yang terlibat dengan produksi.
“Kita perlu fikir apa kemungkinan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, tambahan pula saya sebagai pengacara yang perlu berhadapan dengan situasi itu. Jadi tidak salah kalau saya teliti dengan perkara seperti ini kerana ia juga beri kebaikan untuk sesuatu tugasan.
“Isu mahukan layanan istimewa itu memang tidak pernah timbul dan saya masih sama seperti selebriti yang lain,” tegasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Impian jadi kenyataan
Semakin agresif menjalani karier nyanyiannya, figura 42 tahun ini gigih mencapai hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi rap antarabangsa, Pitbull menerusi projek terbaharunya bersama syarikat rakaman Sony Music Entertainment Sdn Bhd.
Bagi merealisasikan projek itu, Ac perlu memenuhi syarat mendapatkan jumlah catatan muat turun sebanyak satu juta.
“Sekarang ini kami dalam usaha untuk penuhi syarat itu dengan mempromosikan single terbaru saya ‘Paranoid’ hasil kolaborasi bersama Luna Maya. InsyaAllah, saya yakin ia akan membuahkan hasil.
“Lagi pun saya diberitahu pihak Sony bahawa Pitbull sendiri menyambut baik hasrat saya untuk berkolaborasi dengannya.
“Selepas 22 tahun berada dalam industri mungkin inilah peluang yang terbaik pernah saya dapat dan kalau ada rezeki harap semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” ujarnya teruja.
Pada masa yang sama, Ac memberitahu Paranoid akan dipromosikan ke Indonesia pada penghujung November ini.
Selain terlibat dengan bidang perniagaan dan karier seni, Ac dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida juga diberi kepercayaan dilantik sebagai duta produk L’rose keluaran syarikat RMZ Health & Beauty Products Marketing.
“Produk ini baru sahaja dilancarkan sejak Julai lalu dan mengapa kami bersetuju untuk menjadi dutanya kerana ia benar-benar berkesan.
“Kami telah mencuba produk ini sejak dua bulan lalu dan saya sendiri berjaya menurunkan 12 kilogram dan sekarang berat ideal saya 83 kilogram,” katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Usahawan tipu orang.
Mana tak berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni makin tua makin menjadi2 pesen hazabnya |
|
|
|
|
|
|
|
x penah suka kt beliau !! |
|
|
|
|
|
|
| |
|