View: 1564|Reply: 16
|
[Tempatan]
Usaha tawan semula hati rakyat Selangor
[Copy link]
|
|
Umno Selangor Perlu Kerja Keras 'Tawan' Semula Hati Rakyat
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Teguran Presiden Umno kepada Umno Selangor seharusnya menjadi pendorong kepada parti itu untuk bekerja keras dan membina kekuatan mendapatkan sokongan padu rakyat, kata Ketua Umno Bahagian Shah Alam Azahari Shaari.
Azahari berkata teguran Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap jentera Umno Selangor sebagai persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Kemungkinan dilihat pemimpin sedia ada sudah tidak relevan dan pucuk kepimpinan perlu memikirkan bagaimana untuk memberi harapan baharu kepada pengundi di Selangor," katanya kepada Bernama.
Sabtu lepas, Perdana Menteri semasa merasmikan Konvensyen Umno Selangor berkata Umno Selangor perlu berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri ini.
Najib menggariskan tiga realiti yang perlu diterima Umno Selangor iaitu kedudukan Umno sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosio-ekonomi yang rancak dan ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar dan semi bandar.
Azahari berkata untuk menarik kembali sokongan dan keyakinan pengundi Selangor, jentera Umno di negeri itu harus bersedia untuk menerima perubahan dan bekerjasama antara satu sama lain.
Beliau berkata meskipun terdapat gabungan antara pemimpin baharu dan lama, pucuk kepimpinan parti perlu menilai semula sama ada barisan kepimpinan sekarang masih releven atau tidak.
"Sekarang ini ada keseimbangan antara pemimpin lama dan baharu tetapi majoritinya adalah orang lama. Kita tiada masalah sekiranya ada perubahan yang ingin dibuat dan kita akur kepada arahan itu. Yang jelas kita akan pastikan bahawa kita akan bekerja untuk membawa hasil yang positif," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 6-11-2014 01:30 PM
Saya ingin meminjam ayat keramat dari mendiang Karpal Singh " Sila langkah mayat saya dulu kalau Umn ...
dan datang ahli BAIM ALI, ahli PERKUSA nak langkah mayat karpal
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh kot, tapi kena buang semua current members pembangkang selangor dulu la.
Ganti yang baru. Yg lama dah teruk sangat rasuah nye. |
|
|
|
|
|
|
|
ckp byk x guna, buat kerja..mulut tu takyah dok bkompang sgt nak buat itu inî..rakyat menuntut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak rampas, rampas laa.. tengok la nnt rakyat nak sokong umno korup tu ke tak. |
|
|
|
|
|
|
|
pasang ler lagu sayang selangor selalu |
|
|
|
|
|
|
|
Tenang2 ajer hidup dkt selangor skg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Azahari Shaari lu memebel tak macang bikin...kalu oreng mau ganti tompek kamu...lu mau kah....
Kemungkinan dilihat pemimpin sedia ada sudah tidak relevan dan pucuk kepimpinan perlu memikirkan bagaimana untuk memberi harapan baharu kepada pengundi di Selangor," katanya kepada Bernama.
Last edited by Al-Patih on 8-11-2014 07:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
sobornya...bukang nak tawan S'gor...tawan kontrak kontrak S'gor....dah kelaparan hamno ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Masa krisis mb tu dah boleh cucuk jarum, tp korang tido...
|
|
|
|
|
|
|
|
biar selangor di perintah pr... diorg buat keje lagi bagus dari umno... agaknya semua terliur dgn simpanan 3 bilion tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah jadi Ahli Parti Sosialis..sori umno..bye2 |
|
|
|
|
|
|
|
senang jer, tambah BR1M khas utk warga Selangor, tetiap bulan pun kasi ....pasal org Selangor ramai yg tamak, siapa setuju ? |
|
|
|
|
|
|
|
zjen posted on 8-11-2014 04:47 PM
senang jer, tambah BR1M khas utk warga Selangor, tetiap bulan pun kasi ....pasal org Selangor ramai ...
alang2 nak kasi tiap bulan..tambah kasi pree education sekali..kalo wat konfom UMNO dpt blk selangor
|
|
|
|
|
|
|
| |
|