CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3456|Reply: 6

ibarat jatuh di timpa tangga..pls help..

[Copy link]
Post time 5-11-2014 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
saya ingin bertanya...
saya baru saja discharged wad sabtu lepas..sbb sakit slip disc dan another part ada darah beku.. doc telah beri saya mc selama 6 minggu dari hari sy keluar wad.. dlm mc 6 minggu saya kena kerap pergi kw hospital untuk rawatan fisio..
isnin lepas sy telah menghantar surat pengesahan masuk wad (seminggu) dan mc 6 minggu pada hq..
smlm(selasa) pihak hq telefon sy dan memberi tahu..mereka terima hospitality sy tp untuk mc 6 minggu tu diorg tolak mean tiada gaji.. tp dari pefahaman saya.. majikan kena beri saya gaji dlm tempoh mc tu sbb saya dapat mc dari wad hospital bkn dari klinik luar..
apa perlu saya buat untuk dapatkan gaji 6 minggu tu.. kenapa majikan tolak mc saya?
kalau ikutkan sakit saya ni hadapi sbb faktor keje sbb angkat barang berat.. terasa mcm kena aniya pulak.. sbb saya bukan orang senang..gaji tu pun untuk belanja semasa sy dlm sakit ni.. harap dpt memberi saya nasihat dan panduan dengan masalah saya ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 01:38 PM | Show all posts
zalimnya majikan kau.. try call jabatan buruh.. minta nasihat perundangan.. kalau hak awak ada kat situ, berebut peguam nak tolong//
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam TT,

Aku bersimpati dengan apa yg dihadapi TT. harap TT bertabah. soalan aku:

1) adakah TT sakit semasa bekerja?maksud aku,semasa kejadian ia terjadi dan dihantar ke hospital lalu dimasukkan ke wad?atau selepas masa bekerja?

2) adakah kerja yg TT lakukan (sekiranya ia terjadi semasa bekerja) di waktu bekerja biasa, kerja lebih masa atau 'call back'?

3) adakah TT di dalam golongan pekerja di bawah naungan union atau pengurusan?

4) berapa jumlah hari 'hospitalization' dan 'mc' yg dibenarkan utk setahun bekerja?

5) jumlah 'MC' yg TT sudah gunakan setakat sebelum TT dimasukkan ke wad?

Utk pengetahuan TT,kes ini ada dua(2) situasi dimana seminggu yg pertama dikira sebagai 'hospitalization' iaitu TT di masukkan ke wad.ada sesetengah syarikat membenarkan sehingga 60 hari setahun.dan enam(6) minggu yg berikutnya,TT diberikan 'MC' iaitu cuti sakit.selama aku bekerja,jumlah 'MC' tertinggi setahun yg pernah tahu atau dengar adalah sebanyak 14 hari.

Ps: aku bukan 'orang HR' dan kalau dapat maklumat awal,mungkin TT akan buat keputusan untuk menginap di wad selama enam(6) minggu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
rawahah posted on 5-11-2014 01:38 PM
zalimnya majikan kau.. try call jabatan buruh.. minta nasihat perundangan.. kalau hak awak ada kat s ...

Dah call jabatan buruh diorg main pas-pas pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 01:17 PM | Show all posts
dlm kes sakit, dia ada dua keadaan, satu warded... kena duduk di wad, satu dapat mc...
utk kes warded, ikut majikan... ada 1 bulan, ada sampai 3 bulan... kalau dah lebih dpd tempoh tu, majikan akan bawa kes ke medical board...
utk kes mc... mana2 majikan baik gomen atau private dia ada had mc utk setahun... paling sikit rasanya 7 hari... paling banyak gomenlah... 90 hari... kalau private, paling banyak pun mungkin 30 hari kot...
mc ni sebenar majikan boleh terima dan boleh tolak, ikut pertimbangan dia... kita tak boleh kata asal mc saja majikan kena terima.. majikan ada hak utk tolak mc kita... satu sebab yg biasa mc kena tolak... sebab mc tu bukan dr klinik panel atau dr klink/ hospital gomen... mc yg lebih dpd had utk satu mc... ada majikan had utk satu mc 1 hari shj, kalau klinik bg 2 hari, satu tu tak terima... ikut majikan masing2... ni pun ikut pertimbangan majikan masing2...
kalau kita dah habis had mc setahun, tapi kita masih tak sihat dan klinik/hospital masih bg kita mc, mc kita sebenarnya dah tak laku lagi... kalau kita masih tak boleh datang kerja, mana2 majikan yg baik, dia akan bawa pi HR/medical board spy pertimbangkan mc, mana2 yg tak berapa baik, dia kira cuti tanpa gaji, mana2 yg lagi tak baik, dia kira tak datang kerja... jd faham2 lah lepas tu bila dia kira tak datang kerja...
ringkasnya, mc selepas habis tempoh mc setahun yg dibenarkan oleh majikan, jadi hak majikan utk pertimbangkan dan buat keputusan macam mana... yg tu kita kena faham. semoga membantu tuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
katakpuruz posted on 8-11-2014 10:47 AM
Salam TT,

Aku bersimpati dengan apa yg dihadapi TT. harap TT bertabah. soalan aku:


Terima kasih gan perihatin katakpuruz

1) adakah TT sakit semasa bekerja?maksud aku,semasa kejadian ia terjadi dan dihantar ke hospital lalu dimasukkan ke wad?atau selepas masa bekerja?
-yea..semasa sakit saya terus bawak ker hospital..kejadian tu berlaku semasa sy dlm kerja dan siap nak solat asar.

2) adakah kerja yg TT lakukan (sekiranya ia terjadi semasa bekerja) di waktu bekerja biasa, kerja lebih masa atau 'call back'?
-masa tu sy lepas ambik air sembanhyang,tergelincir..masa tu jgk sakit tu menyerang pingang hingga ke kaki..waktu kerja biasa..

3) adakah TT di dalam golongan pekerja di bawah naungan union atau pengurusan?
-sy rasa bawah pengurusan.

4) berapa jumlah hari 'hospitalization' dan 'mc' yg dibenarkan utk setahun bekerja?
-dari hq call hari tu..hospitalization ada 60 hari dan mc tahunan ada 14 hari.

5) jumlah 'MC' yg TT sudah gunakan setakat sebelum TT dimasukkan ke wad?
-8 hari dlm kiraan sy..semua sbb sakit ni..bila sakit menyerang sy terus ke hospital kerajaan ambik injection dan doc kasi mc.

Last edited by honda_jazz on 13-11-2014 08:13 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2014 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
tokwan_jantan posted on 10-11-2014 01:17 PM
dlm kes sakit, dia ada dua keadaan, satu warded... kena duduk di wad, satu dapat mc...
utk kes war ...

Terima kasih gan info awak..
Sekiranya mc tu dtg dari hospital kerajaan dari wad semasa admin.. itu pun xakan majikan nak tolak.. skrg ni saya terpaksa rehda jer.. sakit ni pun xtahu bila penghujungnya..
silap2  kalau bnyak mc majikan akan buang saya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.136285 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list