CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2604|Reply: 13

[Tempatan] Ribut Landa Alor Setar, Pokok Hempap Kereta

[Copy link]
Post time 4-11-2014 03:58 AM | Show all posts |Read mode


ALOR SETAR: Kejadian ribut yang melanda Kedah terutama di daerah Kota Setar sejak beberapa hari lepas, berterusan hari ini mengakibatkan beberapa pokok di sekitar bandar raya ini tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat.

Dalam kejadian kira-kira 4.55 petang, sebuah kereta yang diletakkan berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Sultan Badlishah di sini dihempap pokok sebesar pemeluk ketika hujan lebat dalam tempoh kira-kira 15 minit.

Angin kuat mengakibatkan pokok jenis cemara itu tumbang.
Kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa kerana pemilik kenderaan itu, Chin Kuen Han, 32, tidak berada di dalam kereta Honda CRV itu kerana masih berada di pejabat yang terletak berdekatan tempat kejadian.

Chin berkata beliau menyedari kejadian itu selepas dihubungi rakannya yang melihat kejadian itu dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya beliau terperanjat apabila mendapati kereta yang dibelinya empat tahun lalu remuk di bahagian cermin depan, bumbung dan cermin belakang yang menyebabkan kerugian lebih RM5,000.

"Pukul 4 (petang) lebih ada kawan call saya dia kata kereta kena pokok runtuh so saya datang tengok lepas hujan apa rosak. Nampak bumbung, cermin depan dan belakang pecah. Nasib baik saya di pejabat ketika kejadian," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan 1 Balai Bomba Jalan Raja Ramlan Mohd Aris berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira 4.56 petang.

"Setibanya di sana, sebuah kereta dihempap pokok besar, namun pemiliknya tiada. Usaha mengeluarkan kereta tersebut dilakukan dan Majlis Bandaraya Alor Setar turut memotong dahan pokok yang tumbang," katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/b ... 3/ribut-alor-setar/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 04:02 AM | Show all posts
Patut pokok pokok yang dah tua ni majlis perbandaran kena kerat dahan dahan setiap tahun. Lepas tu letak lah note "Pihak majlis tidak bertanggung jawap atas kerosakan atau kecurian sekiranya parking di kawasan ini"
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 04:17 AM | Show all posts
Senang lak pokok tu tumbang
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA posted on 4-11-2014 04:02 AM
Patut pokok pokok yang dah tua ni majlis perbandaran kena kerat dahan dahan setiap tahun. Lepas tu l ...

Tanah di Kedah tanah liat....agaknya bila Hujan tiap hari ni bg tanah penuh air....sbb tu pokok sudah tumbang
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:30 AM | Show all posts
Pokok tua yg kat depan Istana Budaya tu  semua  , ataupun yg ditanam kat Lake Garden Taiping yg merimbun cantik je ( ada lagi ke ) ranting dia ....saya difahamkan adalah pokok import dari area area Sri LAnka ke India ke  ?  semasa penjajahan British.

sapa boleh confirm  ye hal ni ?

sebab mmg nampak rimbun cantik...mmgpun , tapi bila hujan parah lah tumbang causing traffic congestion.

sebab tu DBKL dah buang atau cantas sebahagian besar bhgn pokok tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 05:32 AM | Show all posts
hmm...lama dah tak pi aloq setaq ...last sekali in 2006? may be.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2014 05:40 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 4-11-2014 04:17 AM
Senang lak pokok tu tumbang

selalu pokok gni kita panggil pokok pasang siap
sebab selalu ja nengok dier rang korek lubang bosar2 .. pikir untuk pa ja
rupa2 nya untuk taruk pokok yang memang siap dah membosar pun

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 06:27 AM | Show all posts
Kerap pula kedah dilanda ribut dan puting beliung akhir akhir ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Elohim dah mula membayar cash keatas kedah..bertabahlah sis...petanda meleis harus kembali ke ugama islam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 09:29 AM | Show all posts
pokok pangkalnya kita sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:00 AM | Show all posts
Macam tu je akar pollo tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:19 AM | Show all posts
mcm tak kukuh aja akarnya...patutlah tumbang
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 04:10 PM | Show all posts
"ukul 4 (petang) lebih ada kawan call saya dia kata kereta kena pokok runtuh so saya datang tengok lepas hujan apa rosak. Nampak bumbung, cermin depan dan belakang pecah. Nasib baik saya di pejabat ketika kejadian," katanya.


pokok runtuh? nak gelak ke camne ni???
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 06:02 PM | Show all posts
Apo nak dikato
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.850818 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list