CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1937|Reply: 0

4 CARA MUDAH UNTUK ELAKKAN RAMBUT BERCABANG

[Copy link]
Post time 1-11-2014 08:38 AM | Show all posts |Read mode
| Rambut bercabang adalah perkara yang paling tidak digemari terutamanya wanita. Rambut juga merupakan aset penting dalam aspek penampilan tidak kira lelaki mahupun perempuan. Rambut kering adalah tanda-tanda sebelum berlakunya rambut rosak dan bercabang. Jom GK kongsikan tips penjagaan rambut.
1) Cuka epal
-Ianya berkhasiat untuk merawat rambut rosak dan membuatkan rambut menjadi lebih halus. Campurkan cuka epal dengan air limau, kemudian rapikan pada rambut yang basah. Biarkan selama lima hingga 10 minit. Kemudian cuci rambut dengan air bersih.
2) Minyak bijian
-Campurkan minyak bijian dengan daun pandan. Lumurkan pada rambut kemudian cuci rambut anda. Bagi mengelakkan rambut berbau hapak, pastikan sisa minyak bijian itu bersih dari rambut anda.
3) Gunakan minyak zaiton
-Setiap dua minggu sekali , rapikan rambut dengan minyak zaiton. Untuk lebih selesa, hangatkan sedikit minyak zaiton tersebut. Rapikan ketika rambut dalam keadaan basah. Biarkan selama lima minit kemudian basuh dengan menggunakan syampu.
4) Gunakan perapi rambut
-Seminggu sekali , gunakan perapi rambut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit kemudian barulah dibilas. Ketika menggunakan perapi , jangan biarkan perapi rambut terkena kulit kepala kerana itu akan membuat kulit kepala anda berminyak. Bilas hingga bersih.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.395707 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list