CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2903|Reply: 14

[Tempatan] Projek Perumahan berharga di bawah RM200,000

[Copy link]
Post time 23-10-2014 04:51 PM | Show all posts |Read mode
RUMAH BAWAH RM200,000 BAKAL DIBINA DI WILAYAH PERSEKUTUAN



PUTRAJAYA, 23 Okt (Bernama) -- Sebidang tanah di Wilayah Persekutuan dikenal pasti untuk dibangunkan dengan projek perumahan berharga di bawah RM200,000 bagi membantu golongan pertengahan memiliki hartanah.

Tanpa menyatakan lokasinya, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kementeriannya sedang berbincang dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan berhubung projek berkenaan.

"Kita telah mempunyai sebidang tanah dan akan minta pemaju bangunkan sebanyak mungkin rumah berharga bawah RM200,000," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi pengundian Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan
(RUMAWIP) Residensi Pandanmas 2 di sini hari ini.

Jenis, keluasan atau nama projek perumahan berkenaan masih belum diputuskan dan akan diumumkan tidak lama lagi, katanya.
Tengku Adnan berkata pemaju yang terpilih perlu mempunyai rekod serta kemampuan kewangan yang baik bagi memastikan projek perumahan tersebut dapat dilaksanakan dan disiapkan dengan segera.

Beliau berkata pelaksanaan projek tersebut juga merupakan cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu setiap lapisan masyarakat mempunyai rumah sendiri. Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata kementeriannya meluluskan sebanyak 23.40 peratus pembinaan projek rumah mampu milik pada harga RM300,000 ke bawah dalam tempoh Oktober 2013 sehingga Oktober tahun ini.

Sementara itu, majlis hari ini merupakan fasa kedua pengundian melibatkan 200 unit Residensi Pandanmas 2 di Kuala Lumpur yang berharga RM300,000 dan dijangka siap pada Oktober 2018. Tengku Adnan berkata fasa satu pengundian melibatkan 300 unit dan sebanyak 1,720 lagi unit akan ditawarkan oleh pemaju kepada warga Wilayah Persekutuan yang layak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 05:00 PM | Show all posts
boleh pun sbnrnye
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:15 PM | Show all posts
HMMM....tgk je la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dorang mampu buat, tolong CC kan kat pemaju perumahan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:29 PM | Show all posts
Agarnyer la kan? mcm mana lah standard rumah tu nanti yer?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 posted on 23-10-2014 06:29 PM
Agarnyer la kan? mcm mana lah standard rumah tu nanti yer?

Apartment 800kps....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2014 06:42 PM | Show all posts
jazaa posted on 23-10-2014 06:35 PM
Apartment 800kps....

Klu ikut standard area kl apartment 800kps sekitar 350 ke 500...
Berani ke dia nak jual bawah 200? hurm

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 posted on 23-10-2014 06:42 PM
Klu ikut standard area kl apartment 800kps sekitar 350 ke 500...
Berani ke dia nak jual bawah 200 ...

Owh...iya ke...
Maksud i mcm flat kg baru tu...berapa keluasannya?...hari tu tgok advertisemnt rm120k...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 06:50 PM | Show all posts
jazaa posted on 23-10-2014 06:45 PM
Owh...iya ke...
Maksud i mcm flat kg baru tu...berapa keluasannya?...hari tu tgok advertisemnt rm ...

klu flat pkns kmpg baru tu klu tak silap 2 bilik+1 bilik air.
Klu ada yg nak tolak 120 tu kira mahal.
Boleh dpt 110 siap renovate agi rumah tu.

klu 800kps biasanya ada 3 bilik+2 bilik air.


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:16 PM | Show all posts
PR1MA di cheras tu apa cerita? senyap je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:18 PM | Show all posts
alaaa..kononnya nak buat utk golongan pertengahan, buat2 yg dpt pd org kaya2 je
yg rakyat marhein mcm mn plak??

Last edited by CikNano on 23-10-2014 11:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wilayah Persekutuan mana Dato Seri ..? Ckp biar terang ... Labuan pun wilayah persekutuan jugak ... Kalau nk ckp kt KL agak tak logik la ... Premium tanah pun dah berapa ..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:42 PM | Show all posts
siDenan dah amik alih tugas.....YB. Datuk Abdul Rahman Dahlan....Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:47 PM | Show all posts

rumah pangsa 50 tingkat ..... keluasan 500 kp ... gamaknya ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.379160 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list