CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3068|Reply: 1

Sentuh anjing haram, sebar gambar, video lucah tidak haram

[Copy link]
Post time 22-10-2014 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

OPINION

Md Izwan

Md Izwan adalah wartawan The Malaysian Insider. Beliau berkicau di @izwan_noborders.
MD IZWAN
Published: 22 October 2014

Nampaknya ulama dan agamawan kita lebih takut apabila Melayu menyentuh anjing, bila berbuat demikian tandanya kita tidak berakhlak atau sudah mencemari kesucian agama Islam.

Saya tidak tahu atau tidak nampak bagaimana kalau dengan menyentuh anjing, akhlak atau iman saya tergugat.

Semua orang mengetahui mengenai isu penyebaran gambar dan video lucah, tidak kisah ia membabitkan rakyat biasa, ahli politik atau artis.



Baru-baru ini kita mengetahui tentang gambar intim ahli politik lawan yang sudah tersebar, sama ada palsu atau tidak gambar tersebut ia belum disahkan.
Ini bukan kali pertama gambar atau video lucah tersebar, sebelum ini pemerintah pun pernah menggunakan modal sama menggunakan video lucah ini dalam berkempen pilihan raya. Lebih melucukan, seluar dalam juga dijadikan bahan kempen.

Lebih teruk sekali, ada satu ketika itu dimana akhbar berbahasa Melayu meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar mereka. Tidak pula ulama atau agamawan ini tampil ke depan.

Itu sudah cukup melambangkan tahap dan kelas orang Melayu kita berkempen, jadi tidak hairan dalam isu menyentuh anjing ini kita boleh lihat ulama atau agamawan ini meloncat.

Daripada sibuk untuk menjatuhkan hukum halal dan haram kepada seseorang, lebih baik sekiranya ulama dan agamawan ini menjelaskan bagaimana dan mengapa menyentuh anjing ini haram?

Adakah si penyentuh anjing tersebut mencuri, adakah bila menyentuh anjing saya akan mengambil wang rasuah, adakah bila saya menyentuh anjing itu saya tidak bersembahyang atau adakah ulama dan agamawan lebih suka bercakap tentang perkara remeh-temeh begini.

Lebih lagi tidak masuk akal apabila ada ulama dan agamawan mengatakan sentuh anjing boleh bawa kepada penzinaan. Ini betul-betul hujah longkang, saya tidak faham apakah kaitannya.

Janganlah jadi seperti pepatah, "Gajah di depan mata tidak nampak".

Dalam isu gambar atau video lucah yang tersebar secara sengaja atau tidak sengaja, tidak pula ulama dan agamawan ini ke depan, alih-alih isu sentuh anjing juga dijadikan sasaran.

Bukanlah bertujuan untuk menyuruh orang Melayu menyentuh anjing, cuma saya mahu bangkitkan sedikit tentang golongan agamawan ini. Adil dan bijak berhujah dalam televisyen tidak sama dengan realiti.

Kalau diberikan peluang, saya juga mahu membela anjing, kalau boleh baka Rottweiler, bukan apa, cuma kerana banyak sangat peragut dan penyamun sekitar kawasan saya tinggal.

Lebih-lebih, banyaknya daripada orang Melayu dan Islam. Sekurang-kurangnya saya rasa selamat bila ada anjing di sisi, takkan saya nak harap agamawan ini yang bercakap sahaja lebih.

Mungkin mereka melabelkan anjing ini sebagai najis berat, tapi saya lihat lebih berat lagi najis yang dibuat oleh mereka dalam pentadbiran yang saban hari membocorkan wang rakyat yang membayar cukai.

Lebih baik sekiranya, ulama dan agamawan ini berbicara tentang najis berat ini. Atau ulama dan agamawan tidak melihat ini sebagai najis berat? Terserah kepada mereka.

Sempena perayaan cahaya atau Deepavali, saya berharap sangat ulama dan agamawan kita ini diberikan cahaya hidayah juga. Selamat Menyambut Deepavali. – 22 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.3NnTSTuj.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:57 PM | Show all posts

Eh!

[AceHand SPECTaceLAR]

Pepandai dia jer...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052651 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list