Lagu terbaru dari Mawi,Hazama dan Daly Filsuf dari kumpulan Ahli Fiqir yang pernah terkenal dulu dengan beberapa buah lagu, antaranya Anguk-anguk Geleng-geleng dan 2X5.
Kali ini Daly Filsuf tampil bersama dua artis yang cukup berbakat iaitu Mawi dan Hazama. Kedua-dua mereka adalah bintang dari Akedemi Fantasia. Apa yang menariknya lagu dan clip video Mawi & Hazama feat Daly Filsuf - Al Nuraa....Yang 5 ....Yang 6? Ada juga yang tertanya-tanya apa itu Yang 5 ....Yang 6, silalah jawab.
Sebelum ini Mawi juga pernah berganding bersama Datuk Ac Mizal lagu bertajuk Al-haq pun cukup best! tapi kali ini gandingan Mawi & Hazama feat Daly Filsuf - Al Nuraa....Yang 5 ....Yang 6 lagi best! dan terbaik. Semoga industri muzik Malaysia boleh hasilkan lagu yang berfaedah macam ini.
AL-NUURAA (YANG 5 YANG 6) menyaksikan gabungan terbaharu penyanyi popular (dari kiri) Daly Filsuf, Mawi dan Hazama.
SELEPAS lagu berjudul Al Haq (Yang Satu) nyanyian Mawi yang berkolaborasi dengan AC Mizal berjaya, Raja SMS itu kini kembali dengan buah tangan baharu menerusi lagu berjudul Al-Nuuraa (Yang 5 Yang 6). Lagu duet itu mendapat sambutan hangat setelah ia ditonton lebih 1.2 juta kali sejak dimuat naik di laman perkongsian video YouTube kira-kira enam bulan lalu.
Gabungan terbaharu menerusi Al-Nuraa pula menyaksikan Mawi bersama Daly Filsuf dan Hazama. Biarpun masing-masing daripada latar muzik yang berbeza, namun masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyampaikan lagu berunsur ketuhanan itu.
Lagu hasil ciptaan Mawi, Daly Filsuf dan Syeikh Qalam itu boleh didengari di seluruh stesen radio tanah air.
Bertemu Mawi, Daly dan Hazama pada sesi fotografi baru-baru, Sensasi Bintang menyelusuri perjalanan penghasilan, gabungan idea dan penerimaan rasa lagu berkenaan untuk dikongsikan kepada khalayak.
edoraixora posted on 17-10-2014 04:39 PM
sedap lagu ni....
73 jalan, 73 pintu
Surah al-Fatihah penuh keistimewaan
...Setiap yang berlaku itu juga ada hikmahnya.
Setiap penyakit dan masalah yang kita terima
ada penawarnya. Bacalah dan amalkan SURAH
AL FATIHAH untuk pendinding diri,
Menjauhkan diri dari segala bahaya dan
penawar segala jenis penyakit dengan izin Allah
. Sebab itu DOA yang di mudah di terima Allah
SWT adalah disedekahkan surah Al Fatihah
terdahulu kepada Rasulullah SAW, Nabi-nabi dan
sahabat-sahabat baginda serta umat islam dan
barulah berdoa...
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang
kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.------
Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang
Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir
Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang
Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan
Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang
Allahummaj’al fi qolbi nuuraa (Ya Allah jadikanlah dalam jantungku cahaya)
Wa fi asobi nuuraa (dan dalam urat sarafku cahaya)
Wa fi lisani nuuraa (dan dalam lisanku cahaya)
Waj’al fi nafsi nuuraa (dan jadikanlah dalam jiwaku cahaya)
Waj’al lii yau maliqo ika nuuraa (dan jadikanlah bagiku pada hari bertemuMu cahaya)
Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang
Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan
Hanya satu kebenaran
Lagu : Al Nuraa Yang 5 Yang 6
Artis : Mawi & Hazama ft. Daly Filsuf