Berbikini Dalam Filem Baru, Miera Liyana Tidak Anggap Diri Dieksploitasi
Dia juga tidak menganggap dieksploitasi kerana beranggapan apa yang dilakukannya itu adalah sebagai satu cabaran baginya. Berlakon di samping Fizz Fairuz sendiri yang sudah dianggapnya sebagai abang tidak ada sekelumit perasaan malah mengagumi aktor tersebut di samping aktres jelitawan Lisa Surihani yang turut tampil bersama dalam filem.
“Tak boleh tutup mulut semua orang, saya masih baru ketika itu. Saya anggapnya sebagai satu cabaran. Saya bukan jenis orang yang cakap tak nak, sebab masih tidak mencubanya lagi & saya buat dan ada pengalaman itu semuanya”
“Saya dan Fizz sudah macam adik-beradik. Kalau tengok saya pakai bikini dalam babak itu, dia dah macam tak kisah dan anggap saya sebagai adiknya. Saya tak ada rasa kesal, kerana itu semua pengalaman untuk saya pilih skrip dan saya tak rasa itu satu kesilapan”
Buat para peminat yang ingin menyaksikan watak berani yang dilakonkan Miera Liyana boleh anda memenuhi pawagam yang berhampiran menerusi filem Dendam Orang Mati bermula pada 23 Oktober ini.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
“Saya dan Fizz sudah macam adik-beradik. Kalau tengok saya pakai bikini dalam babak itu, dia dah macam tak kisah dan anggap saya sebagai adiknya. Saya tak ada rasa kesal, kerana itu semua pengalaman untuk saya pilih skrip dan saya tak rasa itu satu kesilapan”
are you sure? tp korang berdua bukan adik beradik pun.