CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1956|Reply: 1

[Tempatan] Trafik sesak Semalam akibat banjir kilat.Boo!!

[Copy link]
Post time 16-10-2014 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa jalan utama di ibu negara sesak teruk berikutan hujan lebat dan banjir kilat menyebabkan beberapa jalan raya dinaiki air, petang tadi.

Difahamkan, banjir kilat dilaporkan berhampiran menara jam susur keluar ke Jalan Subang yang menyebabkan kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.

Banjir kilat turut menyebabkan jalan ke Lapangan Terbang Subang ke Glenmarie selain Bangsar ke PJS2 di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) mengalami kesesakan susulan jalan berhampiran Taman Maju Jaya dinaiki air.

Jurucakap Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, beberapa jalan utama terpaksa ditutup kerana berbahaya kepada pengguna jalan raya bermula jam 6.30 petang tadi .

"Semua laluan terhalang dan laluan kontra terpaksa dibuka berhampiran Plaza Tol PJS bagi melancarkan aliran trafik yang semakin sesak," katanya.
Malah menurutnya, beberapa kereta turut ditenggelami banjir kilat itu.

"Hujan lebat dilaporkan berhenti kira-kira sejam kemudian sebelum banjir surut dan aliran trafik kembali lancar," katanya ketika dihubungi, hari ini.





      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 11:20 PM   
«»
SEORANG penunggang cuba meredah laluan motosikal  yang dipenuhi air berdekatan Kelab Golf Negara Subang di Kelana Jaya  selepas hujan lebat selama hampir sejam. FOTO Osman Adnan  











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2053#sthash.HuIB2fDF.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 08:49 AM | Show all posts
selangor dah banyak air skrg
jangan tetiba buat catuan plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.063156 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list