Melaka : Gempar apabila seorang lelaki tiba-tiba mengamuk dan mengancam membakar diri di rumahnya di Batu Berendam, di sini, petang kelmarin.
Tambah mencemaskan apabila lelaki berusia 40-an itu membakar langsir dan pada masa sama membiarkan gas memasak terbuka dalam keadaan pintu jeriji berkunci.
Kejadian jam 3.45 petang itu menyebabkan anak, isteri dan seorang rakan yang tinggal bersama keluar menyelamatkan diri memaksa sepasukan anggota bomba dan polis dipanggil ke tempat kejadian.
Lelaki terbabit difahamkan bekerja sendiri dipercayai mengalami tekanan kerja sebelum mengambil alkohol berlebihan dan mengancam diri serta keluarganya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolong Penguasa Bomba Wan Azlan Wan Abd Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa jam 4.07 petang.
"Bertindak atas aduan itu, lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II Khairul Nizam Ridhuan dikejarkan ke tempat kejadian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:20 AM
«»
BOMBA dibantu anggota polis memujuk lelaki yang mengancam bunuh diri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1987#sthash.GgZLwECI.dpuf |